OOO

Khamis, Mac 08, 2012

Lempeng Pisang Enak Untuk Minuman Petang




 Tekak akak tekak orang bandar ..hb akak yang kata camtu.  Tekak dia pulak tekak orang kampung.  Dia lebih suka dengan masakan cara kampung..nak buat camnerkan.  Paling suka dengan lempeng pisang.  

Bahan-bahan (4 keping)

  • satu sisir  pisang emas (10-12 biji) 
  • 5 sudu besar gula/brown sugar  
  • 1 cawan tepung gandum  
  • 1/2 cawan kelapa muda (parut)  
  • 1/2 sudu teh garam  
  • sedikit air daun pisang dan minyak secukupnya

  

Cara-cara

  1. Lecek pisang emas sehingga halus Kemudian masukkan gula, garam dan kelapa parut. 
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. Masukkan sedikit air jika perlu.  
  3. Panaskan kuali leper non stick dan sapukan sedikit minyak diatas daun pisang dan sendukkan adunan tadi dan leperkan di dalam kuali dengan api sederhana kecil 
  4.  Ambil sehelai lagi daun pisang dan balikkan sebelahnya lagi sehingga masak.  
  5. Angkat dan bolehlah di hidangkan dan ulangi lagi sehingga habis.
 Hidangkan bersama kopi panas


5 ulasan:

  1. saya pulak tekak bandar and kampung.. semua saya bedal.. asal sedap and kenyang perutku ini.. hehehe ;p nyam!

    BalasPadam
  2. Ina... kita suka lempeng kelapa...sedap makan dgn sambal bilis...hehehe.. tapi guna daun pisang tu satu cara yang bagus kalau tak selalu je melekat...

    BalasPadam
  3. kayrul suka sangat lempeng pisang nie..kalau hujan2 nie maunya 5 keping boleh abis..hehhee

    BalasPadam
  4. lempeng pisang yg paling best sha makan kat kedai haslam kat sentul.. mmg sedappp..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers