OOO

Selasa, Mac 20, 2012

Nak Salahkan Siapa?


Bagi kita yang anak-anak bersekolah rendah, penjual  makanan di luar merupakan pemandangan biasa di setiap sekolah di Malaysia.  Sejak dari anak akak bersekolah rendah yang berlainan sehinggalah sekarang, perkara ini memang menjadi rungutan bagi ibubapa yang begitu perihatin dengan pemakanan anak-anak mereka.

Faktor harga yang sangat murah dan jajan yang berwarna warni untuk menarik perhatian kanak-kanak membelinya.  Hairanlah benda tak berkhasiat harga murah dan mudah dapat di mana-mana tapi makanan berkhasiat mahal lah pulak.

Susahlah nak kawal peniaga ni kan, pihak sekolah pun dah puas berusaha tapi nak buat macam mana, sebab benda yang di larang memang ramai yang buat.  

Imran pun sama gak, walaupun puas akak nasihat kadangkala dia beli juga.  Bila dah selalu tu ketam naik kat badanlah..disebabkan geram punya pasal.  

Kadangkala entah apa-apa yang dia bawa balik, kadang tu Imran sorok kat mana-mana tapi selalunya akak terjumpa.   Apa lagi...kena pot pet pot petlah jawabnya. 


Kalau tak bagi duit belanja tak leh gak? kesian sebab Imran bersekolah sampai petang.

Walaupun kat sekolah Imran ada yang jaga pintu pagar, tapi masih ada lagi anak-anak yang beli di pagar.

Nak marah peniaga pun tak boleh sebab mungkin dorang nak cari rezeki dan membantu suami sebab sekarang ni kalau tak berusaha memanglah  tak dapat makan minum dan membayar macam-macam bil terutama di kota besar seperti Kuala Lumpur.

p/s Tapi akak tak berapa suka kalau orang luar yang jual sebab mereka pentingkan duit ajer..bukan kira benda itu elok ataupun idak...

 

12 ulasan:

  1. nanti amana masuk sekolah..mcm nelah gayanya.. ila kecik2 dulu pun mcm ne kak..kiki

    BalasPadam
  2. ntahler kan? x reti dah nak ckp aper. itu belum citer masalah pembuangan sampah jajan2 tuh semer kat dalam dan luar sekolah...

    BalasPadam
  3. boleh dikatakan kebanyakkan sekolah skg jadi kes ni..

    Terkini : Penyembelihan Buaya Di China

    BalasPadam
  4. Mungkin harga dekat luar pagar tu lagi murah dari dekat kantin... tapi tulah masalahnya benda yang dilarang memang akan dibuat.. tengok2 cikgu sekolah pun ada juga yang beli dekat luar pagar tu.. hehehe

    BalasPadam
  5. paling nyampah dgn org yg menjual belon angin RM5 tuu.. dah nampak kita duk elakkan anak kita taknak kasi beli, lagi dia duk sua2 panggil anak kita.. mmg kurang ajar peniaga mcm tu... tak hormat parents...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    yang menyedikan lagi
    sipenjual drp bangsa kita juga...

    BalasPadam
  7. teringat zaan sekolah dulu.. selalu beli kat pagar2 sekolah.. tapi kita masa tu budak2.. mana lah tahu pasal makanan ade khasiat ke tak.. yg kita tahu nak beli makanan sedap.. hehehehe

    BalasPadam
  8. huhu..dulu time kite sekolah pon cenggini gak.lepas sekolah akan singgah kedai beli jajan , gula-gula...ice kerim dll...paham-paham jela budak2....

    BalasPadam
  9. bile dpt jumpa kak ina pulak ni?????

    BalasPadam
  10. hehe budak2 mmg mudah terpengaruh dengan penjaja luar nie walaupun dah dibekalkan makanan dari rumah...

    BalasPadam
  11. Budak2 akan lapar kak bila dah habis stress belajar. Kalo mcm tu, akak bagi le dia bawak bekal kekacang ke, atau biskut utk dia makan lepas abih skolah. Macam saya jugak, lepas habis je buat sumthing yg menensenkan, mesti nak kunyah2. Heheh.

    BalasPadam
  12. x tau nak salahkan sapa...diorang pun cari rezki jugak...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers