OOO

Rabu, Mac 21, 2012

PROGRAM REALITI MISI 12 ASTRO CETUS TRANSFORMASI



Program realiti  MISI 12 yang dihoskan oleh pengacara Fahrin Ahmad selama 7 episod yang diterbitkan khusus untuk membantu dan merubah masa depan sekumpulan remaja bermasalah yang telah dilancarkan dan bersiaran sejak lebih dua bulan lalu kini sudah sampai ke kemuncaknya.
 Hazama memulakan persembahan
''MISI 12'' adalah satu program realiti yang diterbitkan oleh   Astro telah disiarkan secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) dari Studio 1, Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil bermula jam 9.00 malam tadi.
Yang Amat Berhormat Datin Paduka Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri Malaysia  menyokong usaha dilakukan oleh Astro berkata, (melalui video)

'Sepertimana Program Perkasa Remaja, MISI 12 ini mempunyai hasrat murni iaitu membantu memperkasakan para remaja serta membina kerjaya mereka demi menjamin masa depan golongan belia.  Sepanjang program ini, para remaja yang telah berjaya di pilih dan diberikan latihan kemahiran yang intensif dan bersepadu dalam bidang automotif, perfileman dan juga makanan bagi membangunkan potensi mereka.  Selain itu, mereka juga diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti aspek intelek, rohani dan jasmani.

Kepada para remaja sekalian, anda merupakan kumpulan penting dalam meneraju masa depan negara.  Saya berharap agar melalui program seperti MISI 12 ini anda dapat menyerlah jati diri dan seterusnya mengembangkan potensi untuk menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan negara'.

Seramai 12 orang remaja yang terpilih telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan seorang ikon di pertanggungjawabkan untuk memberi inspirasi kepada anak didik masing-masing.
Kumpulan Awas  yang dibimbing oleh Datuk Soke Clement Soo  Pengurus Besar Hap Seng Star Sdn. Bhd (Mercedes Benz Malaysia) ialah Mohamad Shafwan Bin Abdul Saleem (19), Muhammad Subky Bin Halib (23), Nur Syukree Arrif Bin Sazali (19) dan  Nor Ain Binti Amin Nudin (19).
Kumpulan Apokalips yang terdiri Muhammad Indera Mulia Bin Muhammad (24), Mohammad Anaz Bin Mat Lasim (22),Fatin Azira Binti Rohaizad (21) dan Nur Atiqah Binti Sarimbi (23) telah di bimbing oleh Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn Bhd  Gayatri Su-Lin Pillai
 
Manakala kumpulan Muhibah telah di bimbing oleh Pengarah Coffee Scene Sdn Bhd (Bangi Kopitiam) Ooi Kim Chong terdiri daripada Mohd. Hazmin Bin Zamri (19 ,Raja Mohd Azlan Bin Raja Jafar (23), Syahirah Binti Saad (22) dan Nadia Binti Rahmat (23).

Ikon-ikon telah di pertanggungjawabkan bukan sahaja untuk membimbing malah memantau perkembangan setiap peserta, berkongsi nasihat, memberikan galakan motivasi serta tunjuk ajar malah turut memberikan inspirasi kepada mereka.
Sham Kamikaze juga turut hadir memberikan kata-kata semangat untuk 12 peserta yang bertanding dan beliau juga telah berubah keterampilan setelah berumur 35 tahun berkat doa dari ibu beliau.

Tiada sebarang penyingkiran dibuat sepanjang program berlangsung, markah diberikan secara individu dan mengikut kumpulan dan semua markah di kumpulkan sejak minggu pertama dan ini yang menentukan kejaya peserta dan kumpulan yang berjaya mengumpul markah yang di umumkan pada malam tadi.

 Mentor-mentor yang  membimbing para peserta iaitu Datuk Soke Clement Soo (Pengurus Besar Hap Seng Star Sdn. Bhd – Mercedes Benz Malaysia), Miss Gayatri Su-Lin Pillain (Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn. Bhd), Mr. Ooi Kim Chong (Pengarah Coffee Scene Sdn. Bhd – Bangi Kopitiam). 

Kesemua 12 peserta telah di beri peluang bekerja setelah di pilih oleh mentor masing-masing.  Tahniah kepada mereka dan semuga mereka akan terus berjaya.

 
Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri yang di iringi oleh Yang Berbahagia Dato Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro hadir bagi menyaksikan dan menyempurnakan acara penyampaian hadiah bagi peringkat akhir Misi 12.

Kumpulan Terbaik Misi 12 Kumpulan Muhibbah di bawah Mentor Bangi Kopitiam. Mereka berjaya bawa pulang RM50 000 dan trofi.
Peserta terbaik MISI 12 ialah  Muhammad Subky Halib, 23, menerima hadiah sebanyak RM12,000 dan tropi.
Hafiz menyanyi lagu penamat bersama peserta Program MISI 12 dan ibubapa mereka.  Langkah Astro amat di puji kerana program realiti sebegini patut di teruskan supaya boleh menjadi motivasi kepada anak-anak muda yang bermasalah.

Kredit gambar : madammondoq.com

Ibubapa hadir tentu merasa bangga melihat perubahan diri anak-anak mereka.  Korang mesti setuju kan kalau program ini diteruskan sebab taklah anak-anak muda leka mengikuti program hiburan sahaja di tv sahaja.


p/s Sape setuju  kalau program MISI 12 diteruskan?

8 ulasan:

  1. setuju,jujur*saya layan episod akhir yg semlm tu je hehe

    mmg bgs

    BalasPadam
  2. ruginya.. tak tgk pun.. x per astro mesti ade siaran ulangan.. ;)

    BalasPadam
  3. Assalam Kak Ina TQ sudi jenguk dapur Watie....oh pasal program ni....No comment sebab tak tengok pun semalam...if it's good..patut diteruskan...hrmmmm...Watie still kagum dengan semangat dan perjuangan Kak Ina dalam dunia blog ni!!

    BalasPadam
  4. bukan berjaya dunia je, kena berjaya akhirat sekali. :D

    BalasPadam
  5. alaa ruginya x tengok.. kekadang astro ni ada juga rancangan yang tak mementingkan nilan komersial, ok juga kan, saling membantu malah dapat mempromosi saluran tv berbayar ni gak,.. agak2nya saluran tv unifi dapat tanding astro ke..

    BalasPadam
  6. Hurmm...patutnya pihak ASTRO lebihkan promosi untuk program nie....macamana diorang promosikan program MASTERCHEF MALAYSIA tempohari....

    BalasPadam
  7. tak ada ulangan pun,baru sahaja tahu program ni , apa dah jadi pada mereka sekarang ni?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...