Korban Membawa Rezeki

Tawaran Hebat

Lazada Malaysia

Isnin, April 16, 2012

Gambar Siti Nurhaliza Di Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum



rakan semeja dan rakan pot pet Cik Lily
Setelah ketibaan Dato Siti Nurhaliza maka bermula Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum yang berlangsung dengan tema Masquerade Ball yang telah berlangsung Grand Ballroom Double Tree by Hilton Kuala Lumpur pada hari Jumaat lepas.

Dato Siti Nurhaliza menggayakan busana warna putih dan hitam yang di reka oleh pereka Rizman Ruzaini yang memang sesuai dengan konsep Masquerade Ball 
 akak dan ciklily tak bawa topeng..dapatlah topeng percuma
Tetamu yang hadir telah  menyaksikan tarian-tarian istimewa mengikut tema Masquerade 
Mereka telah  menari dengan baik
Cuttenya  Hunnymadu sebagai MC 
malam tersebut pakai topeng kannn
Cuma 3 orang sahaja duta wangian SimplySiti Eau De Parfum yang hadir iaitu  Khairul Fahmi Che Mat, iaitu Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, SM Khalis SM Zul iaitu Ahli Perniagaan Muda Naza Italia (tidak hadir), Adam Yahya selaku Pengarah Ibex Group dan turut memperkenalkan wajah baru iaitu Leuniey Natasha.

“Ketiga-tiga mereka digandingkan bersama untuk tiga jenis minyak wangi SimplySity. Minyak wangi itu untuk wanita, tetapi kita tampilkan ikon lelaki untuk buat sesuatu kelainan,” katanya.
 “Siti cukup bertuah dan gembira kerana bukan sahaja Siti dapat melancarkan wangian terbaru dari SimplySiti, Siti turut dapat berganding bersama tiga lelaki berkarisma iaitu Apek, Adam dan juga Khalis serta Leuniey Natasha di dalam komersial terbaru ini.
Malah kini, Siti dan SimplySiti dapat bersama dengan ikon, Mejar David Teo dan Majalah LISA untuk sama-sama mencari bakat baru di luar sana yang bakal menjadi Ms. Pure, Ms Precious dan Ms. Memoire berlakon dalam filem terbaru Mejar David Teo. 

Kami bukan sahaja mencari bakat tetapi mencari bintang!” Siti, Mejar David Teo, Izza Safinaz Ibrahim editor pengurusan Majalah LISA serta pengarah-pengarah berkaliber sendiri akan turun ke padang untuk menguji bakat kesemua mereka yang hadir di Roadshow nanti. 
 
 Antara mereka semua, 9 akan dipilih ke Grand Finale di mana 3 akan menjadi pemenang dan bintang baru yang akan menyinar di bawah bimbingan Mejar David Teo. Pemilihan Metrowealth (MIG) di bawah pimpinan Mejar David Teo, amat bertepatan dengan misi SimplySiti Star Search. 
 
Terdapat dua cara untuk menyertai SimplySiti Star Search ini, melalui Facebook di mana anda perlu memuat naik gambar anda dan mendapatkan undian untuk ke ujibakat tertutup, ataupun hadirkan diri ke Roadshow Ujibakat SimplySiti Star Search yang akan bermula di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 24-29 April 2012, KB Mall, Kelantan 1-5 Mei 2012 dan Kompleks Pasir Gudang, Johor pada 22- 27 Mei 2012. 
 sorry aa ada muka cameraman kamera canggih..akak ambil guna kamera kecik ajer
Mereka yang berminat hanya perlu membeli salah satu wangian SimplySiti untuk melayakkan mereka menyertai.

Hadiah-hadiah menarik bakal diterima, selain menjadi pelakon terbaru filem David Teo, Majalah LISA turut akan mempamerkan ketiga-tiga wajah ini dalam cerita utama majalah mereka, pemenang juga akan bernaung di bawah Metrowealth Pictures, turut mendapat wang tunai dan hamper dari SimplySiti.

Untuk maklumat lanjut, layari www.simplysiti.com.my dan klik ‘Like’ di Facebook SimplySiti, Fanpage David Teo dan MIG Online
 
3 pasangan yang mewakil 3 tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire telah bertanding untuk memenangi hadiah dari SimplySiti.
Untung Farihad (tak silap wartawan) yang telah di jemput ke atas pentas dan Siti telah menyanyi sebuah lagu Biarlah Rahsia
 Kek yang cantik tersedia untuk di potong
Pasangan bahagia  Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dan 
Dato' K sedang memotong kek
Gaya comel Leuniey Natasha dan  Dato’ Siti Nurhaliza
 
 wah..cikepal..classs gitewwww
Dengan harga RM 69.90 sebotol, ianya pasti menjadi wangian yang akan menjadi rebutan dan idaman setiap wanita.

Pic kredit : CikLilyPutih 

12 ulasan:

  1. perghhh nampak sgt exclusive minyak wangi dia.....

    untungla akak dpt p event cmni.

    BalasPadam
  2. ok ajer kalau mel nak share tapi jangan lupa bagi kredit yer..

    BalasPadam
  3. wow bestnya akak!! sob sob sob!

    BalasPadam
  4. Kak... kalau tak silap perfume nie laku habis sebab APEK nie jadi duta....

    BalasPadam
  5. wah.. glemer kau cik epal!!!! ahaksss...

    BalasPadam
  6. Akak pergi sana? Perghhhhhhhhh~ Untungnya dapat jmpa dengan datuk siti :)

    BalasPadam
  7. bestnya kak... kalaulahh sha dpt jemputan sama...huhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...