OOO

Rabu, April 18, 2012

Kenapa Blog Aidid Muaddib kena removed?

Akak suka jenguk blog Aidid tapi sayangnya sekarang ni dah tak boleh tenguk dah..

Kat blog beliaulah akak dapat tau macam mana perjalanan MLM ni. Blog Aidid Muaddib memang fofolur sebab dia anti MLM dan telah membongkar penipuan duit oleh individu dan syarikat yang terkenal di Malaysia.

Yang untung selalunya orang atas..orang bawahan selalunya teruk membayar hutang terutama jika berhutang dengan bank.  Yang lebih perit bila barang tak terjual.   Barulah akak tau yang sebenarnya ramai orang melayu yang telah terpedaya dengan sistem ini.

N3 terakhir beliau pasal Sistem Saraan 1 Malaysia..pastu terus tak update sampai bulan ini.  Bila cuba buka dah tak boleh. Semalam ada member bagitau kat twitter yang blog dia dah tak ada.

Dalam laman facebook JomPHP, beberapa sebab kemungkinan telah diutarakan oleh beberapa pengguna facebook sekaligus menjadi perdebatan dalam kalangan pengunjung laman itu.

Ada desas desus mengatakan yang :-

1)Identiti penulis blog aidid muaddib telah terbongkar.
2)Telah ditutup oleh SKMM kerana Aidid Muaddib pernah menulis dan mengutuk tentang Skim Saraan 1 Malaysia.

 Alahaiii.. terasa rugi pulak blog yang bermanaafat kena remove walaupun akak kadangkala tak setuju dengan bahasa yang di gunakan.  Sape lagi yang suka masuk kat blog dia ek?

Salah satu MLM yang hangat sekarang ni ialah Hai O tapi banyak aduan yang di terima..antaranya di SINI

p/s selalu kena tepis menepis dan tipu sunat bila ada member ajak ataupun nak datang kat rumah nak jual produk kesihatan, tapis air, produk kuruskan badan, baju dalam kuruskan badan yang mahal dan sebagainya sebab akak bukannya orang kaya dan banyak duitlah.

26 ulasan:

  1. betul kak, saya dah perasan blog aidid kene remove ni dalam minggu lepas, terkejut jugak, berpuluh kali refresh , kot lah internet buat problem kan..

    setuju - tak berape berkenan bahasa yang digunakan sebab kite pun terikut mencarut macam dia hehe..

    BalasPadam
  2. tu la...sedih gak blog dia kena remove...byk ilmu boleh dpt kat situ...huhuhuuu

    BalasPadam
  3. Salam

    Selalu baca tulisan ina.
    Pesta buku nak tiba, teringat pesta th lalu kita bersua secara tak sengaja. Heh sapa tak kenal kakinaKL?

    BalasPadam
  4. Kak ina, Hai O tu mmg dah tak menarik, dah lama tau. Hubby hampir terjebak, nasib baik tak jd. Ada sorang kwn dia, katanya dah loaded bisnes ni tp cari kami masa terdesak kereta kena pecah, apa hal?

    BalasPadam
  5. alahai dah tutup kerr?? mokwo baru nak baca...mokwo pun tak berapa gemar MLM...harga produk selalunya luarbiasa mahalnya berbanding dgn harga kos sebenar...tak pasal2 pengguna kena tipu idup2...tak baiklah cari rezki sebegini kan!

    BalasPadam
  6. de 2 tempat kat jeram tu. 1) aroma ikan bakar = harga mahal ckit, tp makanan sedap... 2)ikan bakar pantai jeram = harga murah tp rasa kurang sedap...

    insyaallah 20/5...majlisnya tahun depan...insyaallah sy jemput nnt ye..

    BalasPadam
  7. Pernah baca pasal kisah luahan Aidid tu..

    Tp MLM ni ada yang betul dan ada yang tipu, kena hati2 la

    BalasPadam
  8. Akak serik nak join MLM ni, cukuplah 2 kali terkena dan tak akan ada yang ke 3 kalinya pula. Dah beringat.

    BalasPadam
  9. saya suka follow juga kak kalau ada entri baru dia tulis... dia membuka mata orang semua sebelum sertai MLM

    BalasPadam
  10. betul kak ina..da x de blog dia..hasben saya mmg selalu follow blog dia..mmg bhsa dia guna tu x brp nk menyenangkan..tapi ada info bagus yg cuba dia kongsikan...

    BalasPadam
  11. salam, saya pun kerap ke blog Aidid sebelum ni, memang bahasa yang digunakan agak keterlaluan tetapi info yang diberikan sangat berguna dan menyedarkan kita tentang penipuan oleh syarikat MLM.

    akak boleh ke sini untuk baca tentang kisah-kisah Premium Beautiful:
    http://www.matjoe.com/2011/03/tembelang-premium-beautiful-dan-bio.html?showComment=1331923799839#comment-c192405296193825654

    BalasPadam
  12. Memang saya pun minat dengan cara penulisan beliau....siap research dan fakta...dan citer pasal SISTEM SARAAN 1 MALAYSIA sehingga kini takde saper yang beri penjelasan sebenar kan... mungkin boleh tanya pasal DR MAZA dan ahli agama yang lain....

    BalasPadam
  13. erm...sayang sungguh. Blog yang banyak bagi kesedaran camtu kena remove...yg blog kaki hasut dan fitnah tak pulak kena tindakan.

    BalasPadam
  14. Saya suka juga baca blog aidid,dari bodohpiang pasal mlm sampai terbuka minda dan mata.kena juga 2 kali,tu pun sebab tak nak kecikkan hati kawan..sekarang sori la,tak hinggin lagi,insyaAllah.

    BalasPadam
  15. Sy suka perjuangan aidid nie...rmai sgt org melayu yg tertipu dgn mlm...

    BalasPadam
  16. Terjumpa blog akak di Busuk.org. Saya ada buat cerita pasal ini. Sila beri ulasan yea ^_^

    BalasPadam
  17. bukan semua MLM tu buruk..org melayu ni x suka study..suka percaya ckp org..bila salah pilih sykt MLM mulala tuding jari kt org lain..pdhal sendiri yg dungu dan gelap mata sbb nk kaya cepat..sblm join mana-mana MLM fikir dulu pttnya


    -rin-

    BalasPadam
  18. Saya pun setuju bukan semua mlm x bagus.....sebelum nak bermula kena tengok dulu dah berapa lama syarikat

    BalasPadam
  19. alahai bengongnye... berapa lama syarikat tak menunjukkan MLM tu tak menganiaya org.

    BalasPadam
  20. MLM is evil...it's not a type of business or trading..from the get go, memang struktur dia nampak menindaskan org bawah... Apa yg baiknya?? Cuba cerita sikit..
    MLM ni dah banned kt US, kt UK dlm proses utk diban...
    If diorang boleh nampak takkan melayu tak boleh nampak? Nk kata bengap tak juga...belajar sampai university..MLM ni is SELLING through indirect FORCE.. Penjualan paksa..and when it involves peoples' health and lives...ni paling saya pantang!!! Saya ni doktor, almost every month dok jumpa patients masuk ward sbb liver failure, renal failure, side effects from taking MLM products... Woii org yg gila duitan tu, sedar la sikit, apa yg korang buat tu boleh membunuh orang!!! Tension

    BalasPadam
  21. MLM is evil...it's not a sincere type of trading or business..from the get go, its pyramidal structure shows you that there is going to be some element of supression, opression and even slavery! Kay US dah ban.. Kat UK dlm proses nk kena ban, kat most Europe mostly dah ban.. One of the factor that brings down the Eurozone economy is MLM..can you believe it?? Kalau diorang boleh nampak, kenapa org melayu tak boleh nampak?? Nak kata bengap tak jugak...pegi universiti jugak...

    BalasPadam
  22. Akibat sikap tamak kepada kebendaan dan nak kaya cepat. . Orang melayu senang terpedaya. .

    BalasPadam
  23. Maaf mencelah... tak semua mlm tu buruk... kerana nila setitik, rosak susu sebelanga... bukan semua group mlm tu memaksa. Sy pelik org asyik kondem hi o sedangkan x semua group dia mcm tu... elken, herbalife, zhulian, knapa orang tak bising??? Malah group yg sy join ni tak pernah paksa dan menipu org. Wallahu a'lam bis sawab...

    Stg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adoyai ramai lg yg x clear putar belit mlm ni yek, mmg la ade yg x memakse tapi sistem mlm tu yg lebih mendorong org membuat head hunter reqruit downline ( jual sistem ) drpada effort jual product, klu kaji dalam2 klu sesorg ejen mlm tu tumpu jual product saje lmbt la nk dpt target jika nk d bndingkn jual sistem, jd otomatik org akn kejar cri downline dulu drpde product. Secara otomatik jugak sistem exponen jd lg cepat dan dh x sape peduli psl product, suma org dh ade nk jual kt sape plak? Bottom level makan pasir je lah dh sedekah suma duit kt upline hahaha

      Padam
  24. group nie ada : https://www.facebook.com/groups/PonziSchemeMalaysia/?ref=nf_target&fref=nf , jgn malu support group nie

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...