OOO

Rabu, April 25, 2012

Lempeng Kentang Hashbrown Simplot Dan Udang (Resepi Chef Wan)

 
Seperti yang anda tau, Dato' Chef Wan adalah seorang chef terkenal dan berpengalaman yang selalu mempromosikan masakan Malaysia di luar negara dan ini membuatkan pelancong-pelancong boleh merasa masakan Malaysia yang berbagai rupa dan rasa.

Salah satu resepi yang Dato' Chef Wan sudi berkongsi resepi  pada bengkel memasak pada hari Sabtu lepas ialah resepi Lempeng.  Lempeng tak di nafikan adalah makanan kesukaan rakyat Malaysia dan ianya selalu di hidangkan pada waktu pagi ataupun malam.
Terdapat berbagai-bagai jenis lempeng, ada lempeng di perbuat dari pisang, kelapa ataupun cuma tepung gandum sahaja.  Tetapi Dato' Chef Wan telah mempelbagaikan dan mengubah bahan-bahan untuk membuat Lempeng Kentang Hashbrown Simplot Dan Udang ini.

Bahan-bahannya (Untuk 10-15 orang)
1 paket Hasbrown Simplot (digoreng sehingga kuning dan di ramas hancur
6 biji telur
1/2 cawan tepung serba guna
2 cawan susu segar
1 camca besar serbuk penaik
2 biji bawang besar kuning, di goreng sebentar bersama minyak zaitun sehingga layu
2 ulas bawang putih-dicincang halus
1 genggam besar daun kucai-dihiris
2 biji cili merah di hiris
1 camca teh lada putih
300gm udang hidup - buang kulit
150gm taugeh
1 camca teh serbuk kunyit
minyak zaitun untuk menggoreng
 
Cara membuatnya
1.  Pukul telur bersama susu dalam mangkuk dan masukkan tepung bersama serbuk penaik, bancuh sehingga sebati.
2.  Masukkan Hasbrown Simplot yang di ramas tadi bersama semua bahan dan sedikit garam.
 
3.  Letak sedikit minyak zaitun dalam kuali tidak melekat (non-stick frying pan) dan bubuh satu bancuhan lempeng tadi seperti membuat lempeng.
 
4.  Masak kedua-dua belah sehingga kuning dan hidangkan panas-panas.
 Sedapkan Hidayat...makan sekali nak lagi..

8 ulasan:

  1. wah selalu biasa makan lempeng pisang atau pun lempeng kelapa aja. kreatif dato chef wan pelbagaikan resepi lempeng yer..

    BalasPadam
  2. kreatif betul chef wan nie..kalau buat macam nie kompem sekejap jer licin

    BalasPadam
  3. boleh cuba nanti untuk tukar selera....mesti anak2 suka kan kak....


    p/s lama betul tak datang sini huhuhu....kemalasan sungguh sekarang...

    BalasPadam
  4. Sedaaaappnyer Kak Ina.. dapat jumpa chef wan lagi.. ;)

    BalasPadam
  5. Nak cuba la resepi ni bila2, nampak cam mudah, nak buat tu taktau la ;)

    BalasPadam
  6. wah kak ina..peluang berjumpaan dgn chef wan..chaiyok2..;)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...