OOO

Rabu, April 25, 2012

Majlis Perkawinan Sekarang

Sekarang ni boleh di katakan majlis perkawinan yang di adakan di Malaysia telah berubah dari zaman dulu.  Dulu sebelum  majlis perkawinan akan di adakan, seluruh masyarakat akan  berkumpul di rumah pengantin 2-3 hari sebelum majlis berlangsung dan akan menolong membuat persiapan apa yang perlu.

Apa yang jelas, perbezaan antara majlis kahwin di kampung dan di bandar, dahulu dan sekarang memang cukup ketara. 
Masa majlis perkawinan akak 26 tahun yang lepas, seminggu sebelumnya mak dan abah jemput orang terpenting yang akan menjayakan  majlis perkawinan terutamanya tukang masak dan penolongnya berkumpul di rumah.  Mereka adalah orang penting..kalau tak ada mereka tentulah tetamu yang hadir tak dapat makan.

Sehari sebelum majlis berlangsung, jiran tetangga akan tolong membasuh ayam, memotong bawang dan bermacam-macam kerja lagi.  Esoknya mereka akan menolong menghidangkan makanan secara berhidang untuk tetamu yang hadir.  Sanak saudara akan bermalam di rumah pengantin dan   mereka akan menolong tuan rumah sehingga majlis selesai.

Sekarang semuanya itu tiada lagi terutama di bandar-bandar tetapi budaya rewang masih ada  di kampung. Di bandar budaya rewang  makin berkurangan disebabkan masyarakat sekarang teramatlah sibuk. Kebanyakkan majlis perkawinan di buat secara buffet, saudara mara yang datang cuma makan  kerana mereka tak ada kerja yang hendak di lakukan. 
 

Semuanya gara-gara kemodenan dan pembangunan dan tiadanya sikap ingin bantu membantu seperti masyarakat dahulu.  Gaya hidup zaman sekarang telah mengubah pandangan kita terhadap tradisi masa silam dan budaya.
Majlis perkahwinan sekarang lebih glamor berbanding masa yang lepas daripada segi persiapan  termasuklah  makan minum, hiasan, peralatan yang diguna sehingga kepada penampilan pengantin dan hantaran iringan yang pelbagai rupa dan bentuk.

Ianya semakin mudah bila adanya perkhidmatan juru runding perkahwinan.  Sekarang ini boleh dikatakan setiap majlis perkawinan ada warna tema masing-masing seperti biru, pink dan purple.  Dari hiasan khemah, pelamin sehingga cenderahati akan mengikut warna tema yang di pilih.

Apa nak buat zaman dah berubah kan.

Pengantin adalah anak kepada kakak jiran yang berhampiran rumah akak.  Semuga mereka berbahagia sehingga ke anak cucu.
  
p/s Nanti majlis perkawinan anak akak pun kena buat camni kan..hermmm kena kumpul duit dari sekarang

15 ulasan:

  1. Sekali pandang macam Waheeda Wassini pulak pengantin pompuan tu..hheee


    Selamat pengantin baru :)

    BalasPadam
  2. KENDURI SAYA SEMPAT LA RASE REWANG :(,ALA2 JE LA XDE SEPAKAT GILER MCM KAT KG

    BalasPadam
  3. Jgn kata di bandar , di kampung pun pakai kontrak dah. makan pun layan diri. Adik beradik @saudara dekat pun dtg makan je...terus balik.

    BalasPadam
  4. bile kenduri dh pakai catering bermakna perhubungan dlm sesuatu komuniti semakain renggang dan boleh beranggapan masyarakat kita semakin mementingkan diri sendiri.itu pendapat saya la

    BalasPadam
  5. assalam kak Ina....Wahdah fikir pasal nak bermenantu nampaknya...dah tak lama dah tu ya!!Betullah kak....zaman dah berubah...tak kiralah bandar ke kampung ke...semua dah ikut arus zaman yang berubah...jgn kata tu aje..lebih teruk lagi ada sedara mara yang kenduri kawin pun dah tak panggil dah...tup--tup dengar dah terima cucu...sedih jugalah!!Apa2 pun...Kita nak doakan moga Allah berikan yang terbaik buat keluarga kita kan Kak...& mOga Akak berjaya dalam DIGI Wow awards...Watie dah tolong vote untuk Akak!!Eh..tak pergi Book Fair ke hujung minggu ni???

    BalasPadam
  6. kenduri saya ada lagi rewang2 ni, tapi tukang masak memang kena bayar. skrg org dah xmo buat kerja free.. org rewang pun pandai demand nak apa2 dlm beg khas diorang.

    BalasPadam
  7. pelamin dia sgt cantik la kak.

    tgh mencari pelamin sebegitu >_<

    BalasPadam
  8. kalau sy invite kak ina dtg wedding sy, kak ina dtg tk? ahaks..mcm retis plak kak ina :p

    BalasPadam
  9. dh kurang seronokkan..kita datang makan pastu balik..tak sempat sembang atau bergaul mesra ngan saudara mara...makin ada jurang ler hubungan antara saudara mara tu

    BalasPadam
  10. Kak ina... kalau ade budget tak salah kalau nak buat majlis yang meriah....tambah2x untuk anak perempuan kan

    BalasPadam
  11. Kak Ina, bestman tu ofismate saya. Hahahah. Terperanjat plak tgk muka dia kat situ.

    BalasPadam
  12. comelnya pengantin, semoga mereka berbahagia hendaknya

    BalasPadam
  13. cantiknya pengantin, macam muka waheeda. masa saya kahwin tahun 2008 hari tu, masih lagi gotong royong jiran2 kat kampung & sanak saudara yang masak.

    bila adik saya kawen tahun 20120, kami dh pakai katering..jiran2 & sanak saudara yg pandai masak pun dah tak larat sangat...so terpaksa guna katering je lah. tp kat kampung saya, amalan gotong royong rewang utk majlis kawen ni masih di jalankan :)

    BalasPadam
  14. mcm muka waheeda pulak pengantin perempuannya

    anak saya nanti kalo kawin pun mesti guna catering..dah takde org nak tolong masak nak rewang.lagi duk flat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers