OOO

Jumaat, April 13, 2012

“My Nestle Incredible Story”


Milo, mee maggi, susu nespray, nescafe, sos  MAGGI banyak meninggalkan nostalgia kepada akak sekeluarga terutama kami 3 beradik.
Kak long, akak dan adik lelaki memang selalu  menikmatinya sentiasa walaupun mak dan abah cuma bekerja dengan pendapatan yang tak seberapa.
Mak memang percaya dengan jenama Nestle kerana beliau percaya jenama ini memang berkualiti dan memang sesuai dengan kami.


Sekarang ini akak masih meneruskan tradisi menggunakan jenama Nestle.  Semasa anak-anak kecil akak memang memberi anak-anak makanan bayi Nestlé CERELAC.

kredit google

Anak-anak memang suka makan sebab cerelac ada bermacam-macam jenis seperti beras merah, beras dan soya/beras.  Mudah ajer menyediakannya cuma campur dengan susu tepung.

Bila anak-anak meningkat dewasa akak beri mereka susu nespray.  Anak-anak suka..akak pun suka minum juga.
 
Bila anak-anak ke sekolah rendah,  akak kadang-kadang  menyediakan Nestlé Breakfast Cereal  dan susu.  Anak-anak memang suka bersarapan dengan honey star dan koko crunch.  Sekarang pun imran masih sukakannya.
kalau masak akak suka guna stok ini

Akak percaya jika anak-anak  bersarapan dan di beri pemakanan yang sempurna dari kecil lagi , otak mereka mudah menerima pembelajaran di sekolah.  Syukur... Alhamdulliah akhirnya ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Nanti jika anak-anak akak dah berkawin dan dah ada cahayamata, akak akan syorkan menggunakan jenama nestle juga.  Nestle dulu dan selamanya.

Jika korang nak cerita gak story mory korang..boleh ke sini

19 ulasan:

  1. Nestle mmg dh jd darah daging kita kan, kak?

    BalasPadam
  2. Nestle mmg dh jd darah daging kita kan, kak?

    BalasPadam
  3. sy pn dh biasa gunakn produk nestle ni kak

    BalasPadam
  4. maggie tu memang wajib ada dekat rumah stok untuk tengah malam kalau lapar.. hehehe

    BalasPadam
  5. great article, i know new knoledge from here Wisata Jawa Timur

    thank

    BalasPadam
  6. Minuman dan makanan kegemaran ramai.

    BalasPadam
  7. Apa Kabar?

    Jenama yg semua org ingat dan digemari.

    BalasPadam
  8. tengok maggie yang belum masak pun dah terliur..nie rasa nak makan maggi balik keja nie...hehhehe

    BalasPadam
  9. Good Luck kak ina. Saya akan menyusul masuk jugak contest ini.

    BalasPadam
  10. bukan kak ina jer...

    Nurul pun macam tu jugak.. dah jadi darah daging..

    BalasPadam
  11. bukan kak ina jer...

    Nurul pun macam tu jugak.. dah jadi darah daging..

    BalasPadam
  12. Pengguna product nestle setia...hmmm!

    BalasPadam
  13. yuppp wp ada mamee dan jenama mee segera lain, namun maggie tetap pilihan, cam tu gak ngan sos cili, tomato dll.. pas tu nescafe memang lain aromanya dan kalau pakai kiub ayam atau tomyam mmg pilih magie .. lain lee

    BalasPadam
  14. KALAU milo tu memang kebanyakan RAKYAT MALAYSIA akan minum kannn....

    BalasPadam
  15. sy ske barangan nestle cz byk produk berkesan utk kuruskan badan. xperlu nk beli suplemen kat luar 2..

    BalasPadam
  16. memang banyak kan barang nestle dalam rumah kitakan...

    BalasPadam
  17. wah betul2 pengguna nestle :)

    BalasPadam
  18. kadang tak perasan yang "ia produk nestle" :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers