OOO

Jumaat, April 06, 2012

Resepi Asam Pedas Ikan Keli

Selain dari ikan keli berlado dan sambal, masak asam pedas pun sedap. Mungkin korang ada cara masing-masing camner nak bersihkan ikan keli.  Akak selalunya rendam jap ikan keli dengan air asam jawa/asam limau pastu baru di bersihkan.  Jangan lupa buang darah beku kat tepi duri ikan tau, kalau tak buang memang bau hanyir.
Kemudian perap lagi dengan jus limau dan sedikit garam, selepas 10-15 minit baru dibilas dan ditoskan.
Bahan-bahan
4 ekor ikan keli-potong 2-bersihkan
5 batang daun kesum-diambil daun 
2 batang bunga kantan-di potong 2 
2 biji tomato-1 biji di dadu halus, 1 biji lagi belah 4 
4 biji bendi 
1-2  cawan air asam jawa-ikut suka 
2 batang serai di titik 
sedikit gula  
minyak masak dan garam  secukupnya

Bahan yang di kisar/tumbuk
8 sudu makan cili kisar
5 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit lada hitam
2cm kunyit hidup/sedikit kunyit serbuk 2 cm halia
2 cm belacan

Bahan tumis
2 biji bawang kecil di hiris
1 biji bawang putih di hiris
1 sudu teh halba campur

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati. 
Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. 
Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana. Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa bersama tomato yang didadu.
Biarkan seketika kemudian masukkan air terpulang kepada tuan punya diri samada nak cair atau pun pekat.
4. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan garam dan garam,  biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum, bendi, bunga kantan dan tomato. 
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api. 
6. Siap untuk di makan.

4 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...