OOO

Ahad, April 08, 2012

Review Spa Anjung Jelita Dan GA Voucher Spa


 Akak dah gi ke Spa Anjung Jelita hari selasa lepas, oleh sebab tak berapa 
pandai drive area Kajang, akak sesatlah pulak, terlambat dekat setengah jam.

Anjung Jelita Spa & Beauty Centre (002104612-D)
 115-1A & 1B, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
 Tel : 03-87364412

Anjung Jelita Spa & Beauty Centre terletak di lokasi strategik bersebelahan Lebuhraya SILK (Kajang) dan seterusnya ke pejabat Kajang MIROS. Anjung Jelita Spa & Beauty Centre adalah mudah diakses melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan, dan dekat dengan Bangi, Putrajaya, Semenyih, Cheras melalui lebuh raya.
Diakses oleh KTM Komuter (stesen Kajang) – 5 minit menaiki teksi ke Anjung Jelita Spa & Beauty Centre outlet.
Diakses oleh bas – Taman Kajang Sentral bas yang perlu diambil di stesen bas Reko Kajang / Jalan.
 
 Bila masuk ajer, wah cantiknya tempat spa ni, luas betul. Tak sabarlah nak merasa pengalaman berspa kat sini.  Mula-mula sampai kenalah tenguk apa yang nak kita buat kat sini.

Yang best sebab Spa ni memang khas untuk orang pempuan tau...tak dibenarkan orang lelaki masuk ke sini.  
 
Type / Name of Service                                                                            Price (RM)

Massage

1 hour Aromatherapy / Traditional Full Body Massage                                                  

2 hours Aromatherapy / Traditional Full Body Massage                                                  

1 hour Body Slimming Massage                                                                                          

30 mins Bust Lifting Massage                                                                                                                        

30 mins Head & Shoulder Massage                                                                                     

45 mins Upper Body Massage                                                                                              

45 mins Lower Body Massage                                                                                               

1 hour Hot Stone Massage                                                                                                     

1 hour Herbal Compress                                                                                        



Facial

1 hour Normal Facial                                                                                                               
Basic double cleansing face wash, extraction, steam, face mask,
moisturizer, sunblock / night cream


2 hour Intensive Facials:

Lifting                                                                                                                                          
Double cleansing face wash, extraction, steam, lifting face massage
(point massage), basic shoulder massage,
lifting face serum with the use of ultrasonic machine, face mask,
ampoule, moisturizer, sunblock / night cream.

Acne                                                                                                                                             
Double cleansing face wash, extraction, use of high frequency machine,
face massage, basic shoulder massage,
acne corrective face serum, scar serum (for acne scar), face mask,
moisturizer, sunblock / night cream.
 Akak ambil package A- untuk 2 jam
Mula-mula sekali sessi rendam kaki dalam air suam yang telah di campur dengan bunga-bungaan ataupun di panggil flower foot bath with rock salt sambil borak-borak dengan tuan punya spa yang jelita Bella.  Kemudian kaki gi gosok dan di lap sehingga kering.
 Nilah bilik urutan yang selesa dan luas,  Macam biasa kenalah pakai kain batik dan lepas tu di urut oleh Ema, sambil urut sambil berbual sebab akak tak boleh duk diam sampai 45-1 jam tau.  Kadangkala rasa nak terlelap dibuatnya disebabkan rasa selesa berbaring kat sini.  Oh ya, korang boleh bagitau samada korang nak urutan yang sederhana ataupun kuat, bergantung kepada ketahanan msing-masing.
 Selepas tu duk kat dalam Sauna Room ni menggunakan teknologi infrared dan ada batu-batu yang akan mengeluarkan haba untuk memanaskan badan.  Duk dalam 15 minit, sambil tu boleh baca majallah yang di sediakan.  Akak suka bersauna ni sebab bila keluar peluh rasa lega.

Kemudian sambung pulak lulur nak buang segala kulit mati aka daki, barulah badan terasa bersih. Memang syok ooo bila badan kena sental, al maklumlah kalau kita sental sendiri, mana nak sampai kat belakang badan kan kecuali suami korang rajin nak tolong sental...rajin ker dorang ek?

Lepas tu bolehlah korang bersihkan diri kat dalam bilik air yang cantik ni.  Boleh feeling cam mandi kat hotel...tak pun kat Bali.
Akak selesai berurut dekat pukul 2.00 lebih, mak datuk dek disebabkan ralit di belai-belai tak terasa masa berlalu.  Kalau korang nak solat pun boleh selepas itu sebab ada surau di sediakan.  Oleh sebab akak dapat voucher free RM50.00  akak cuma bayar RM90 lebih ajer..oklah tu kannnnnn

Suka lepas berspa ni, sebab badan rasa ringan dan fresh gituwww..badan pun berbau wangi. Kalau ada duit lebih bolehlah ke sini tak pun suruh ajer suami belanja, pandai-pandailah korang pujuk camner ek.
 
Korang nak voucher spa ni tak? (kredit pic madam punya blog) Kalau nak..korang follow ajer syarat kat bawah ni

1.  Korang just tulis kenapa korang nak berspa di Anjung Jelita

Saya memang hendak berspa Di Anjung Jelita kerana.......................................................................(tulislah panjang mana pun..janji kreatif yer)

2.  Tulis kat ruangan komen kat bawah yer..jangan lupa tau.


2 pemenang yang memberikan komen terbaik dan kreatif akan diberikan voucher bernilai RM50.00.


Kalau nak baca pasal Spa ni lagi bolehlah ke SINI

9 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Hurmm.... kena fikir gak nie.... ada rezeki boleh berikan pada insan tersayang nie....

    BalasPadam
  3. waahh waahh... bestnya...nnti nk cari masa buat ni..

    BalasPadam
  4. besnye kalau dapat gi spa..dpt relaks-relaks kan badan...

    BalasPadam
  5. akak tahu kan pia ske spa? :)

    kali ni pia lak jeles hihi

    http://pia-pinkylita.blogspot.com/2011/10/manja-kan-diri-di-s.html

    BalasPadam
  6. Wah bestnyer... teringinnye nak ke sana.. ;)

    Saya memang hendak berspa Di Anjung Jelita kerana saya tertarik dengan keadaan dan suasana yang disediakan oleh pihak pemilik dan sebab utama keinginan untuk merehatkan diri amat diperlukan akibat dari kepenatan waktu berkerja..

    BalasPadam
  7. wahhhh sama mcm madam la..ada GA spa jugak

    BalasPadam
  8. wah bestnye...
    berminat utk beli emas perak blh ke blog sy atau www.gsr2u.com.my/mullah

    BalasPadam
  9. woo syioknyaaa blh bayang kepala rileks badan segar ;)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers