OOO

Jumaat, Mei 25, 2012

Majlis Pelancaran Oh My English! Di Hilton Hotel Kuala Lumpur

 ada meja dan kerusi ala-ala kat sekolah
Pagi semalam akak telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Oh My English di Ballroom C, Hilton Hotel Kuala Lumpur.  Korang yang melanggan Astro mesti dah tenguk iklan program ni kan.  Kelakar dan melucukan rancangan ini tau.

Astro dengan sokongan Kementerian Pelajaran telah melancarkan inisiatif pembelajaran baru melalui rancangan Oh My English!, yang bertujuan memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia dan ianya adalah ianya bukan sahaja menghiburkan tetapi juga turut mendidik dan memperkayakan kehidupan mereka dengan informasi berguna. Bukan semua yang boleh berbahasa inggeris kan.
Dihoskan oleh Azrul Zaidi (Bahasa Melayu) dan Sazzy Falak (Bahasa Inggeris) dalam dua bahasa, pelancaran ini membuktikan usaha Astro untuk menyokong usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan ini adalah kesinambungan dari inisiatif membawa rancangan pembelajaran bertaraf antarabangsa kepada sekolah-sekolah di seluruh tanahair melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat  (CSR) iaitu Kampus Astro.

Kampus Astro telah melengkapkan 10,000 buah saluran pendidikan dan informasi termasuk saluran History, Discovery, National Geographic, Astro Tutor TV, Astro IQ dan lain-lain lagi.
 dikir barat oleh pelajar sekolah
 Pada dunia hari ini, menguasai lebih daripada satu bahasa merupakan suatu kelebihan dan dan Astro berharap rancangan ini akan memenuhi dasar Kementerian Pelajaran untuk "Memartabatkan Bahasa Malaysia,Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Majlis pelancaran ini telah dirasmikan dengan ucapan oleh Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-kanak, Astro dan Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia
Gimik pelancaran oleh Putri Yasmin Megat Zaharuddin – Naib Presiden, Bahagian Remaja dan Kanak-kanak, Astro, Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud – Ketua Pengarah Kementrian Pelajaran Malaysia dan Mr Henry Tan – Ketua Pegawai Operasi, Astro

Oh My English! merupakan sebuah komedi pendidikan disamping menghiburkan para penonton dan pada yang sama mengajar pertuturan Bahasa Inggeris yang betul yang akan disiarkan setiap hari Ahad pada pukul 10.00 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610).
Bertempat di sebuah sekolah (rekaan fiksyen) bernama SMK Ayer Dalam mengisahkan tentang pelajar-pelajar daripada kelas 3 Merah yang terkenal dengan kenakalan mereka serta rekod pencapaian akademik yang kurang memuaskan dan subjek yang paling teruk ialah Bahasa Inggeris.

Dengan ketibaan seorang guru baru daripada United Kingdom bernama Henry MIddleton (lakonan Zain Saidin) di sekolah itu, bakal mengubah segalanya kerana beliau bakal berhadapan dengan cabaran mengajar kumpulan pelajar yang bermasalah itu.
Menerusi 20 episod yang mengujakan, Oh My English! menampilkan barisan pelakon berpengalaman termasuk pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor yang membawa watak sebagi pengetua, pelakon komedi dan peserta Raja Lawak Mega Mr. Os dan juga Harun Salim Bachik serta Nabil.

Oh My English! dilakonkan oleh bintang muda Izara Aishah, Addy Ashraf, pasangan adik beradik Ahmad Ezrin Loy dan Nurul Ezlisa Loy, Mohd Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Amer Sharrif, Tan Teong Sik dan Muhammad Akhmal Mohmad Nazri.

Selain dari itu ramai lagi artis/pelakun  jemputan yang fofolur turut tampil bersama pelakon utama diantaranya Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Greyson Chance dan Maher Zain.
 
Lagu tema yang dinyanyikan oleh Liyana Jasmay dan Altimet juga dipersembahkan semasa majlis pelancaran dan pelakon telah di ajak menari bersama.
Liyana Jasmay dan Altimet yang menyanyikan lagu tema Oh My English! yang berirama rancak catchy..kami semua terhibur mendengarnya.  Selain dari itu kami juga di tunjukkan video di sebalik tabir rancangan(Behind The Scenes) ini.
gaya comel artis..i likeeeeeee

Jangan lupa layari laman web rasmi: www.ohmyenglish.com.my dan di Youtube www.youtube.com/ohmyenglishtv.
 
Jangan ketinggalan dan pastikan korang semua menonton Oh My English pada setiap hari Ahad pada jam 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)
 jom ramai-ramai sebut Oh My English! sambil buat gaya comel tutup mulut

Untuk pelanggan Njoi juga boleh menontonnya pada setiap hari Jumaat jam 9.30 malam dari 8 Jun di Astro Prima (Saluran 105).

Jangan lupa ke laman sosial face di www.face.com/ohmyenglish yang telah menawan hampir 50,000 peminat, mendapat tontonan di YouTube dan masih lagi terus meningkat, serta menjadi topik hangat yang kerap di perkatakan di Twitter #OhMyEnglish

10 ulasan:

  1. time cuti biasanya anak yg conquer tv...mmg payahla nk tengok...

    BalasPadam
  2. best kan cite nih? plakon2 dia cumei2.. bkn aje utk pelajar utk mak pak skali buleh kan cite nih..layahnnnn

    BalasPadam
  3. Aktif akak sekarang ye turun event2 ni :)

    BalasPadam
  4. idea yang menarik bila diorang letak kerusi meja sekolah untuk menghidupkan suasana kelas....

    BalasPadam
  5. wow..bestnye..pelakon terkenal pun ade..

    BalasPadam
  6. bagus jugak yer, sesuai untuk musim cuti ni..... i like......

    BalasPadam
  7. Sama2 lah kita belajar..

    Lisa tetap cute ;)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...