OOO

Jumaat, Mei 18, 2012

Masak Lemak Cili Api Burung Puyuh Salai

Masa balik dari rumah arwah mak ngah hari Selasa lepas, akak ajak hb singgah kat warung jual makanan salai kat Pedas.  Apa lagi borong macam-macam termasuk rebung dan buah mangga.  Masakan N9 yang paling abah, omak, anak-anak den suko.  Kalau ada cencaluk lagi kaw-kaw..

Bahan-bahan
  • 6 ekor burung puyuh salai
  • 15-20 biji cili padi kampung-kalau nak podeh tambahlah laei
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 100gm rebung masam
  • 1/2kg/500ml santan pekat
  • 300-300 ml air
  • 2 batang serai-dititik hujungnya
  • 1 asam keping
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat dan di ikat
  • garam dan serbuk kunyit secukupnya
Cara-cara
1.  Tumbuk cili api, halia, serbuk kunyit, kunyit hidup, serai yang telah dititik dan garam sehingga lumat.
2. Masukkan burung puyuh salai dan rebung masam yang telah di basuh.
3.  Masukkan semua ke dalam periuk dan tuang santan pekat -(tinggalkan sedikit yer.).bersama air, asam keping dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau selalu.
4.  Biarkan  dalam 10 minit  dan masukkan pula lebihan santan pekat dan biarkan mendidih lagi dan rasa dulu garam baru di tutup api.
5.  Makanlah bersama nasi panas dan ikan masin.


8 ulasan:

  1. terasa-rasa pulak burung puyuh kat tekak ni..hahaha :p

    BalasPadam
  2. lama dah tak makan burung puyuh ..

    BalasPadam
  3. Kak ina ..sedapnya!!!
    Kat pedas tu ada jual makanan salai ke kak? tak pernah pergi lagi..

    BalasPadam
  4. Wowwwww... dah lama member tak belanja aku makan puyuh ni.

    BalasPadam
  5. aduhh kak mn lak plk lov nk g carik burung ni..mkn mahu msk malas..ehehe

    BalasPadam
  6. mak ai. kecur air liur gwe kak ina. btw, mtk tlg tnya anak yang study kat India tu, kalau sya nk gi backpack ke sana utk mkn,hotel n transport nk prepare brp ek. 1 week -2 week punya holiday.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...