NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

ShoppingTime

Lazada Malaysia

Khamis, Mei 31, 2012

Sos Spaghetti Meatball Buatan Sendiri


Bila akak gi ke bengkel masakan bersama Chef Wan bulan lepas, beliau cadangkan agar gunakan bahan-bahan yang segar dalam setiap masakan yang di hidangkan sebab lagi sedap aroma masakan tersebut.  Kecuali jika bahan masakan tu susah nak di dapati baru boleh gunakan yang kering.

Akak gunakanlah oregano, basil, rosemary dan tyme yang segar..beli kat sebuah pasaraya di Damansara.
Akak gunakanlah oregano, basil dan tyme yang segar untuk buat kuah spaggetti..beli kat sebuah pasaraya di Damansara.  Memang betul kata beliau..masa kuah spaghetti  mendidih aromanya memang menyelerakan terutama anak-anak yang tak sabar nak makan untuk hidangan makan malam.

Cara buat kuah spageti sendiri korang boleh ke SINI, akak share resepi meatball stail akak ajer ek.

Bahan Untuk Meatball
  • 500gm daging kisar (guna daging tempatan)
  • 1 biji bawang holland (kuning)
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 cawan cendawan butang (kalau taknak tak apa)
  • 1 keping roti  putih (direndam dalam susu segar/sejat pastu perah dan masukkan dalam daging kisar-chef wan yang ajar)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan pes tomato (tomato puri)/sos tomato
  • 1 sudu kecil lada hitam (lada sulah)
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara
1.  Kisar daging guna food processor ataupun beli ajer daging kisar. 
2.  Cincang kecil lobak, cendawan butang dan bawang besar. 
3.  Masukkan semua bahan ke dalam daging kisar.
4.  Gaul sebati dan bentukkan jadi bebola(suka hati nak besar mana).
5.  Goreng dalam kuali tak melekat dengan sedikit minyak zaitun dan balikkan dan biarkan masak.  
6.  Bila dah masak masukkan ke dalam sos spageti. (kalau nak panggang dalam oven pun boleh)
7.  Masukkan kedalam sos spaghetti bila sos hampir pekat.  Hidangkan bersama spaghetti yang telah di rebus.

8 ulasan:

  1. kak ina,
    terujanya..teringin nak cuba buat meatball sendiri..boleh try ni..

    BalasPadam
  2. wah, bestnyer dpt guna fresh herbs! mesti bertambah sedap :)

    BalasPadam
  3. menarik.. tp nak buat tu yg mim alif lam sin.. hehehe

    BalasPadam
  4. haritu sy blaja buat puri tomato sndiri, now additional ilmu lg sy dpt kat sini...hehe....tenkiu kak ina ^_^

    BalasPadam
  5. wahhh sedap nehh buleh try resepi akak nehh

    BalasPadam
  6. Hi Kak Ina..apa khabar? Wah besnya buat sos spaghetti meatball sendiri. Nampak sungguh menyelerakan. Love pun suka guna herba segar tapi susah nak dapat selain Jusco kat sini.

    BalasPadam
  7. mmg sedap guna herba segar.. tp kat sini mmg susah nak dapatkannya... terliur diana tgk sos spghti meatball yg akak buat tu... nmpk sgt menyelerakan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...