OOO

Isnin, Jun 11, 2012

Dah Lama Tak Buat Pizza Gebu

Dah lama Imran sebut-sebut suruh akak buat pizza tapi akak buat derk ajer.  Tapi mak kan..bila anak dah sebut benda tu selalu jadi ingatan..keciankan dia pastu kebetulan cuti sekolah semua ada..akak pun buatlah pizza ni.

Akak buat 2 stail..yang bentuk empat segi akak bakar dulu sekejap dalam 5 minit baru letak topping, yang bulat pula akak terus buh topping  baru di bakar.  Anak-anak lebih suka bentuk bulatlah pulak yang akak buat khusus akak dan hb sebab letak bulatan bawang holland dan cili banggala hijau.  Resepi asal akak ambil dari blog Ah Mat Gebu.
sebelum pembakaran..yang ni untuk anak-anak yang tak suka ada bawang dan capsium..kalau anda nak buh topping lain pun boleh..ikut suka hati
BAHAN-BAHAN
  • 250 g tepung roti (high protein flour) - akak buat 2 kali ganda
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula  
  • 1 camca teh yis (instant yeast)  
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus  
  • 1 camca teh oregano kering

BAHAN ISIAN
  • 1 1/2 - 2 cawan sos tomato
  • sosej ayam ramly-hiris serong (suka hati nak letak banyak atau sikit)
  • hirisan ayam salai
  • 1/2 biji green capsicum 
  • 1 biji  bawang holland (hiriskan bulat )
  • cheddar cheese parut secukupnya
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam
 
CARA-CARA

1. Ayak tepung dalam satu bekas.

2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.
4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.
5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.
7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.


Kali ni akak dah tak payah uli pakai tangan lagi dah..suruh ajer bm buat kerja 
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.

UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. 
Sapu doh  dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. 
Bakar  selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan...


16 ulasan:

  1. aduhhh..terliur kak....rajin sungguh akak membaking.. kejap roti itu..kejap pizza..untung anak2 akak..

    BalasPadam
  2. ini bukak kedai ni kak, maw compete dgn pizza hut ni

    BalasPadam
  3. baru jer igt2 nk makan pizza td...sini plk tayang pizza...mintk la 2 keping..

    BalasPadam
  4. puas hati kan kak,buat sendiri ;)

    BalasPadam
  5. seriusli sedapnya rupa dia...huhu

    BalasPadam
  6. untung jadi anak akak..

    anak2 mama hanya makan pizza gebu PHD jer lee...

    BalasPadam
  7. rajin akan ni ka..btw tengkiu bagi resepinya sekali. nanti lau free bleh try bt!

    BalasPadam
  8. Sedapnyaaa. Lama dah tak makan pizza, hee :D

    BalasPadam
  9. wahhhh resepi ni saya nak cuba la....:-)

    BalasPadam
  10. btuahnyer dpt jadi ank2 akak..maknya rajen memasak..

    piza plk tu, ske ati kalo nk letak hape kan..letak byk2 pun xkesah.laie sodap..

    BalasPadam
  11. buat pizza sendiri boleh letak topping lebih ckit

    BalasPadam
  12. salam ina..
    sedapnya pizza..anak saya pun dah cakap..mama tak nak buat kee..
    asik baca dan cakap sedapnya..hihi

    BalasPadam
  13. a'ah la kak dah lama tak buat pizza jugak nih...BM saya merajuk je tuh...tak digunakan dia......
    akak dah maju skang dah ada BM eh....ok la tuh tak penat kena nguli pakai tangan....huhuhu

    BalasPadam
  14. Kak Ina.. kenapa sentiasa menggoda iman makan nurul.. hehehe

    BalasPadam
  15. pizza gebu2 memang sedap dimakan.. hehhheee

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...