OOO

Jumaat, Jun 22, 2012

Majlis Berendoi Baby Aisy Zahra Nursyazreen

 
Sekarang ni kalau orang buat majlis berendoi/cucur jambul/aqiqah dah jarang jumpa buaian kain batik lepas macam dulu-dulu.  
 
Zaman dah berubah kan..sebab sekarang dah ramai yang otak bisnes..buaian cantik ni bukan murah..ratus gak gak bila di sewa.  Tak apalah kan sebab mak-mak muda ramai yang dah bekerja jadi duit ada di tangan...boleh ikut kehendak hati.
Semua ibu hendakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka..betul tak?  Kalau mampu apa salahnya. 
Akak gi ke sini lepas habis masak memasak bersama majalah Jelita..oleh sebab habis lambat, tak merasalah nak tenguk acara maharban dan potong jambul ni.
Comel kan ..baby ni kaum kerabat akak ..jadi mestilah muka tu cam cina dan putih melepak.  Akak lepak kat sini dekat 3 jam sebab berborak sakan dengan saudara mara.
 Suka tenguk tema ni..damai mata memandangnya
 
nama baby punyalah panjang dan sedap Aisy Zahra Nursyazreen tapi mama panggil saya Anje ajer...Kak long kena jaga adik no 4..rajinnya dia..keempat-empat anak pasangan ni perempuan..wah senang nanti bila dah besar..bila gi jejalan ayah dia tak leh join
Sepupu yang duk kat Seremban pun nak interframe gak ek..
nak merasa gak buaian lawa..kan Linnnn
Baby Nur Damia Zahra..wah bertambah meriah rumah dorang nanti sebab ramai gegirl

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    anak sulung saya dulu pernah buat macam tu di kampung... tapi pak mak saudara yg tolong buatkan

    BalasPadam
  2. teringat bb saya masa kecik..skang semuanya dah besar panjang..gegirls gak semuanya..

    BalasPadam
  3. alahai comel anak dengan hisaan buaiannya

    BalasPadam
  4. hahaha..glamer baby mia dapat masuk blog kak ina kl..mekaseh mak ngah...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...