NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

ShoppingTime

Lazada Malaysia

Jumaat, Julai 20, 2012

Cara Buat Bihun Sup

Masak bihun sup selalunya akak buat sarapan pagi minggu ataupun untuk makan malam..kadangkala kami memang tak suka makan nasi waktu malam.  Suka hatilah nak isi ayam ker...daging ataupun seafoods..kali ni akak buat guna udang dan sotong sebab itu ajer yang ada stok kat umah.  Sayur pun akak guna apa yang ada..kalau nak meriah masukkanlah bunga kobis dan cendawan.

Bahan-bahan
  • 10-15 ekor udang sederhana besar
  • 4 ekor sotong-potong kecil
  • 1 kiub ayam maggi
  • 6 biji bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 4 biji bawang kecil-dihiris halus
  • sedikit kicap
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 2 keping fish cake-dihiris tipis
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • sawi
  • kobis
Bahan sampingan
  • Bihun - rendam dulu dengan air suam/panas dan toskan
  • Hirisan daun bawang/daun sup
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap
Cara-cara
1. Kopek udang  dan bersihkan sotong .. cuci bersih lalu di tos.  
2. Tumbuk bawang putih dan lada hitam. 
 3. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang telah dihiris sehingga garing. Ketepikan.
4. Dengan menggunakan minyak yang sama...tumis bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sehingga berbau wangi dengan api yang sederhana. 
5. Masukkan udang dan sotong , kacau sebati.  Masukkan air secukupnya.  
6. Masukkan kiub ayam, garam, sos tiram,lada sulah dan kicap sedikit.
7.Setelah mendidih masukkan  fish cake, sawi dan kobis. Rasa dulu garam dan rasa dulu sebelum tutup api.
8. Ambil bihun  tuangkan kuah sup dan taburkan dengan daun sup/daun bawang bersama bawang goreng.
9. Boleh di hidang panas-panas...buh sambal kicap...fuhhh terangkatttttt..
 tak pun goreng dulu bihun kering dalam minyak panas..cara cam ni pun sedap gak

10 ulasan:

  1. boleh jadi menu berbuka ni..tahnks akak

    BalasPadam
  2. Sedapp nih, nak2 kalau time demam..

    BalasPadam
  3. faavvvvv dni :D

    salam ramadhan al-mubarak
    selamat berpuasa dan beribadah di bulan yang mulia ini... semoga segala amalan kita diberkati Allah, amin

    :)

    BalasPadam
  4. kene kluar nie carik mee hun....untuk resepi bersahur

    BalasPadam
  5. Waaa feveret nih.. kalau bulan puasa kebanyakkan Nurul makan ni jer.. :)

    BalasPadam
  6. salam kak ina..adoii lama x singgah umah k ina ni..mi sup tu mmg betul2 menggoda..adoiiii

    Selamat menjalani ibadah puasa n selamat menyambuat ramadhan buat kak ina sekeluarga..

    BalasPadam
  7. pekena time bersahur pon best gk nih..heheh

    BalasPadam
  8. bln2 pose mkn mknan bsup cam bgos ni kak..bkhasiat byk sayo n kurang myk..

    lov tak bape reti la nk buat kuah kicap dia tuh..

    BalasPadam
  9. wah... sedap2...
    boleh try bukak posa nanti.. tqvm kak.. sbb share.. "baru lepas sahur dan fikir nak berbuka...hahaha"

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...