OOO

Rabu, Ogos 01, 2012

Clear Smooth BB Clear Stick Maybelline



Bedak asas terkini daripada jenama kosmatik terkemuka, Maybelline New York, wajah sedikit berbeza apatah lagi ia bukan dari jenis cecair.

Clear Smooth BB Clear Stick, wajah terasa licin, tidak kusam dan lebih ringan.  Bahan-bahan seperti mineral tanah liat bersama asid salislik, ia membantu memberi kelicinan pada kulit dan mengurangkan saiz liang pada wajah kita.
Pengunaannya juga dapat membantu membolehkan kulit wajah bernafas bagi mengelakkan kemunculan jerawat selepas menggunakannya sepanjang hari.  Paling penting kulit tidak kelihatan berkilat selepas seharian pemakaian dan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi hingga berminyak.

Begitu mudah bila hendak menggunakannya, hanya sapukan pada kulit terutama di bawah bahagian mata dan hidung untuk menutup cela atau pun bintik hitam bagi menampilkan wajah lebih bersih dan tampak semula jadi.
Clear Smooth BB Clear Stick juga praktikal untuk di bawa dan di simpan ke mana-mana selain itu jangan takut memakai bedas asas mengikut keperluan kulit atau di kawasan yang banyak kesan bintik hitam.

Clear Smooth BB Clear Stick juga membantu untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari menerusi formula SPF21A+++.  Membantu melindungi kulit daripada kesan buruk akibat terdedah daripada bahaya pencemaran alam sekitar yang membuatkan wajah mudah di tumbuhi jerawat dan mempercepatkan proses penuaan.
 
Clear Smooth BB Clear Stick juga memudahkan pemakai kerana boleh di gunakan sebagai penyamar noda di bahagian bawah mata, mulut dan hidung.

Tapi sebelum itu pilih warna yang sesuai dengan kulit wajah kita.  Boleh di dapati di semua rangkaian supermarket dan farmasi yang terpilih mulai Julai 2012 dengan harga RM24.90 sahaja.

Tip memakai bedak asas :

1.  Pilih warna yang sesuai dengan rona kulit melalui cara sapuan pada rahang.  Jika sama seperti warna kulit selepas di sapu, ia sesuai di pakai dengan ton wajah anda.

2.  Beri lebih perhatian pada bahagian yang ingin di tonjolkan.  Kemudian, ratakan menggunakan span dan sapu ke bawah.

3.  Bagi mendapatkan kesan yang terbaik, bedak asas jenis batang ini juga boleh di jadikan penyamar noda.  Caranya lebihkan sapuan di tempat yang mempunyai kesan cela atau jerawat untuk menutupi kemunculannya.

4.  Ratakan bedak debu ke seluruh muka menggunakan berus sesuai.

5.  Selepas ia sekata, barulah anda boleh menyambung proses solekan seterusnya.


Jom layan Maybelline FB untuk tenguk video menarik tentang produk ini.

3 ulasan:

  1. dah ada dalam bentuk stick..macam best jer..kena terjah ni

    BalasPadam
  2. Wah jadi duta produk ke kak? hehe..selamat berbukaaa

    BalasPadam
  3. akak berapa harga bb stick nih yew? :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...