OOO

Khamis, Ogos 23, 2012

Nasi Briyani Dhal MAGGI/Dhahl Briyani Rice

48 hours sponsered post.  Please scroll down for latest entry

Akak memang suka masak untuk keluarga tapi kadang kala terasa pening nak fikir nak masak apa setiap hari.  Sekarang ni senang nak cari idea memasak memang senang sebab ada banyak resepi yang sedap dan berkhasiat di alam maya.


Akak terjumpa salah laman web yang mempunyai resipi-resepi  tempatan, video cara memasak, alat untuk membantu pengguna dalam pemakanan sihat dan memasak, artikel (makanan) dan juga promosi eksklusif untuk ahli-ahlinya iaitu laman web www.nestle.com.myBanyak resepi-resepi menarik yang boleh di cuba di laman web Dear Nestle tersebut.



Salah satu resepi yang akak berkenan kat situ ialah  Nasi Briyani Dhal yang dimasak oleh Iza . Bila tenguk cara memasaknya..macam senang dan sedap ajer dan berkhasiat kerana mempunyai pelbagi nutrien yang sesuai untuk keluarga. 

Bahan yang paling penting ialah Perencah Nasi Briyani MAGGI.  Yang bagusnya Perencah ini tiada MSG,  ini bermakna ia  baik untuk di gunakan sebagai bahan masakan.  Akak memang mengamalkan cara pemakanan yang sihat demi kesihatan keluarga  bila memilih bahan-bahan untuk di masak di rumah.

Jomlah tenguk macam mana akak memasaknya. Selain dari Perencah Nasi Briyani MAGGI kita perlukan bahan-bahan yang lain juga.
 
Kita perlu menyediakan minyak masak, minyak sapi, bawang besar yang di cincang, daun ketumbar yang di hiris, kacang gajus yang telah di goreng,  isi ayam yang di potong kecil dan juga kacang dhal yang telah di rebus.


Beras basmathi pula hendaklah di rendam 20 minit, cuci dan toskan.   Halia pula hendaklah di hiris halus manakala  daun pandan  hendaklah di siat dan di simpul sementara kismis di rendam sebentar dan toskan.
 

Panaskan minyak sapi bersama minyak masak dalam kuali, tumis bawang besar dan halia sehingga naik bau.
  


 Bila sudah berbau wangi  masukkan ayam 


dan juga Perencah Nasi Briyani MAGGI/MAGGI Nasi Briyani Mix.  Kacau sebati sehingga ayam separuh masak.  Padamkan api.

Masukkan campuran tadi ke dalam periuk yang berisi daun pandan, kismis, kacang gajus,kacang dhal dan juga daun ketumbar.  Masukkan air secukupnya dan kacau rata.

Tutup dengan daun pisang dan biarkan nasi masak seperti biasa. Setelah nasi kering, kacau nasi dengan chopstick untuk mengelakkan nasi patah. Bila nasi mendidih terbau aroma yang menyelerakan  serta harum bersemarak di dapur.

Bila nak menghidang, jangan lupa renjiskan sedikit air mawar dan bawang goreng.  Aroma nasi beriyani ni memang menggiurkan sampai anak-anak tak sabar nak merasa masakan nasi briyani yang sedap ini. Hidangkan nasi ini panas-panas.

Sukanya hati bila suami dan anak-anak menjamah sambil memuji keenakan Nasi Beriyani Dhal ini.  Nasi ini juga lembut bila di kunyah dan memang sedap di makan panas-panas.



Dah tentulah akak merasa gembira dan rasa berbaloi menyediakannya bila  mereka sukakan hidangan nasi ini. Nasi Beriyani Dhal ini bukan sahaja lazat tetapi adalah hidangan yang seimbang serta ada pelbagai vitamin dan zat galian.

Nasi ini juga sesuai untuk dihidangkan pada masa makan tengahari dan malam kerana mengandungi zat-zat dan nutrien yang di perlukan oleh tubuh badan dan juga mengandungi diet seimbang untuk mengekalkan kesihatan.
 
Akak rasa seronok dan tak sabar kerana bulan-bulan yang mendatang akak akan mula memasak bersama Nestle.  Tentulah  akak rasa amat  teruja serta berbangga kerana di beri peluang, kepercayaan dan juga  penghargaan kerana dapat bekerjasama dengan pihak Nestle kali ini.

Anda tentu dah teruja nak mencubanya Nasi Briyani Dhal..oklah kat bawah ini akak sertakan resepinya.  Cubalah...

2
Dhal Briyani Rice
Bahan
8 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi

Bahan A
1                               biji bawang besar-cincang halus
5cm                           halia-hiris halus


Bahan B
300gm                           Isi ayam tanpa tulang-potong kecil
 2 peket                         Perencah Nasi Briyani  MAGGI                

Bahan C
1 kg                                Beras basmati- rendam 20 minit, cuci dan toskan
2 helai                            Daun pandan-siat dan ikat simpul
1400  ml /12 cawan        Air
100 gm                           Kacang gajus-goreng hingga kekuningan
100 gm                           Kismis-rendam sebentar dan toskan 
50 gm                             Daun ketumbar-hiris halus
50 gm                             Kacang dhal-rebus  hingga empuk                            

Daun Pisang

Untuk Hiasan
Air Mawar
Bawang Goreng


 Cara Memasak
1.  Dalam periuk, panaskan minyak masak dan minyak sapi.
2.  Masukkan bahan A dan kacau se hingga naik bau.
3.  Masukkan bahan B dan  masak sehingga ayam separuh masak.
4.  Masukkan bahan tadi ke dalam periuk nasi elektrik.
5.  Masukkan semua bahan C dan tutup dengan daun pisang.  Biarkan nasi masak.
6.  Bila menghidang, renjiskan air mawar dan bawang goreng.
7.  Hidangkan panas-panas.

15 ulasan:

  1. wah syoknyer.. nmpk pn sgt senang..yg bgosnyer xde msg..nti boleyh try raya ni kak..

    BalasPadam
  2. la senang rupanya nak buatnya, ingatkan susah sangat lah kan.. kena cuba gak nie

    BalasPadam
  3. boleh cuba nanti ni. anak dan suami memang suka makan nasi beriani selain nasi arab dan nasi ayam.

    BalasPadam
  4. aduih, mmg nampak sedap bangat kak

    BalasPadam
  5. Assallamualaikum dan salam kenal kak Ina..
    Tq sudi jenguk blog Naz tu.. Naz pun suka gak laman web nestle ni sbb dulu masa study mmg selalu buka web ni..

    Akak..mak datokkkk...step by step gambar masak nasi tu..menggiurkan sungguh...menyelerakan sungguh.. Tapi mmg tak elok makan makanan yg consume msg selalu..

    BalasPadam
  6. Menarik..kena lak makan ngan ayam masak merah..

    BalasPadam
  7. fuhh...giler best la kak ina.. nanti nak cubala..tp nampak gaya tak sempat dah nak buat seblem habis pose.. kena buat lepas raya la camni..huhu

    BalasPadam
  8. Rasa mcm ada perencah ni kat dapur... boleh cuba ni

    BalasPadam
  9. macam boleh cuba je time raya ni kak.. dah lama teringin nak masak nasi beriani sendiri.. ada resepi ni lagi senang koje.. kalau masak guna rice cooker ok tak? atau kena pakai dapur gas je.. sebab nak tutup pakai daun pisang tu

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  11. Rajinnya Kak Ina buat step by step.. Terima kasih kak.. Kena cari produk Maggi dulu.. Nampak nasi beriani tu sungguh menyelerakan..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah jadi . terima kasih kongsi ilmu .. ingat susah tapi sebenarnya sangat senang .
    Favorites menu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...