OOO

Ahad, September 16, 2012

Bubur Ayam Bersusu

Bubur nasi ayam menjadi kesukaan akak dan suami.  Kalau makan bubur kami suka buh serunding dan ikan bilis goreng dan sudah semestinya ada daun sup/daun bawang dan bawang goreng.  Kali ini akak buh susu pulak dalam bubur..ala ala bubur lambuk yang gunakan santan tapi akak letak susu low fat milk. 

Bahan-bahan
1 cawan beras-direndam 1-2 jam
2 keping dada ayam-potong kecil
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh lada sulah

1/2 kiub ayam MAGGI 

 
1  cawan susu low fat Dutch Lady
garam dan air secukupnya

Bahan untuk taburan

daun sup/daun bawang-dihiris halus
bawang goreng
ikan bilis goreng
serunding
 

Cara-cara
1. Masukkan beras ke dalam 3/4 cawan air dan renihkan bersama isi ayam. (akak gunakan pressure cooker sebab nak cepat beras hancur)
2. Masukkan lada hitam, kiub ayam dan lada sulah.
3. Biarkan semua bahan merenih selama lebih kurang 30- 45 minit.

4. Masukkan susu Dutch Lady, garam dan  biarkan mendidih lagi dalam 10-20 minit lagi.
5. Taburkan  daun sup/daun bawang dan bawang goreng.

6. Sedap di makan panas-panas bersama bawang dan ikan bilis goreng.

9 ulasan:

  1. wah bubur ayam ...memang kesukaan saya ...cara penyediaannya pun mudah, ringkas saja...tapi sedap dan berkhasiat..

    BalasPadam
  2. yg demam pon cpt sihat mkn ni :)

    BalasPadam
  3. nak cuba jugak lah..simple je kan kak ina? thanks for the recipe ;-)

    BalasPadam
  4. sedapnya... anak-anak saya memang suka bubur nasi ayam, boleh try resepi ni pulak

    BalasPadam
  5. ermm sedapnya,,wat bubur nasi ngan jagung pun best gk,,mkn ngan serunding,,nyummy!

    BalasPadam
  6. salam kak ina..
    lamanyaaa x skodeng kak ina.
    mekasih skodeng blog org malas ni..hahahah..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers