OOO

Sabtu, September 15, 2012

Kenduri Kawin/Jumpa Geng Blogger

 Tengahari tadi akak gi majlis perkawinan di Puchong
Sambil di temani oleh anak-anak sahaja disebabkan  suami kerja.  Majlis perkawinan anak saudara Nor Secubit Garam blogger masakan yang telah lama akak kenali. 

Pernah bertemu pertama kali di Geng MYResepi di KLCC, dah lama tak bertentang mata dengan beliau..cuma sms ataupun dengar suara ajer di hp. Bila nak habis makan Nor suruh pandang ke belakang
Kalau Nor tak kenalkan..memang akak tak kenal blogger ini.  Wah sukanya hati dapat jumpa Makcik Manggis.  Akak suka ke blog Mak Cik Manggis sebab sukakan masakan yang ringkas yang di sediakan buat keluarga tercinta.  Macam biasa kalau geng masakan jumpa memanglah ashik pot pet pot pet.
Akhirnya dapat juga bertemu dengan beliau dan Nor.  Kalau nak tau anak Makcik Manggis yang belajar di UK tu pernah jadi anak murid akak  di kelas tabika perpaduan pada tahun 1989 tapi akak dah tak berapa cam muka anak beliau.  

Al maklumlah dah lama dah berhenti mengajar.  Nanti nak suruh Makcik Manggis upload gambar anak lelaki beliau.

Kalau nak ikutkan tak puas pot pet pot pet tapi apakan daya anak-anak dah resah gelisah..lagipun akak ada satu lagi jemputan rumah terbuka.
Lawanya pasangan pengantin..pengantin perempuan ialah anak saudara Nor.  Sebenarnya ada 2 pasangan tapi tak sempat nak snap.  Semuga kedua pasangan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih Nor sebab sudi jemput akak sekeluarga.

19 ulasan:

  1. Asslmkum kak ina.
    Bestnyaaaa. . X ada rezeki nak jumpa akak2 semua. Last minit hb keja. Huhuhuuu.

    BalasPadam
  2. tahniah kepada pengantin...wah meriah nampak.

    BalasPadam
  3. kak ina, pengantin blogger perempuan tu, suami dia pun blogger gak ke? hahahah... very sweet lah deco dia, combination warna pink dan purple, kelas gitu...

    BalasPadam
  4. Tumpang seronok tgk kemeriahan majlis n gader2 para bloggers mskn.. :-)

    BalasPadam
  5. assalam ina..dah merancang nak pergi juga untuk memenuhi jemputan nor..tapi..anak pulak sakit perut..memang tak de rezeki

    BalasPadam
  6. asssalamualaikum kak ina...selamat pengantin baru buat pasangan pengantin n selamat berjumpa teman blogger...:)

    BalasPadam
  7. kak ina, bila jumpa geng blogger tu, agak2nya apa soalan pertama yg keluar dari mulut ya? adakah "ehh ko dah update blog ke blom hari ni?" atau salam2 mcm biasa je? cer citer cer citer..hehe..sebokk je kan?

    BalasPadam
  8. Sy sampai majlis da tamat pun....sbb sesat ...huhu...klo x blh jmpa kwn bloggrr lainnya:-)

    BalasPadam
  9. wah akak, bestnya dapat jumpa kwn blogger

    BalasPadam
  10. sronoknya dpt ketemu geng geng bloger

    BalasPadam
  11. Alamak camana terlepas pandang ni...terima kasih ina ;)....seronok jupe ina ari tu...nnt akak letak gambar anak akak..
    Bekas anak murid ina tu

    BalasPadam
  12. Alamak camana terlepas pandang ni...terima kasih ina ;)....seronok jupe ina ari tu...nnt akak letak gambar anak akak..
    Bekas anak murid ina tu

    BalasPadam
  13. Alamak camana terlepas pandang ni...terima kasih ina ;)....seronok jupe ina ari tu...nnt akak letak gambar anak akak..
    Bekas anak murid ina tu

    BalasPadam
  14. dah lamaaaa tak jumpa kak ina laaahhhh =)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...