OOO

Sabtu, September 15, 2012

SAMBUT HARI MALAYSIA DENGAN RANCANGAN ‘OH MY ENGLISH!

Saksikan episod kemuncak ‘Oh My English!’ pada 16 September di  saluran Astro TVIQ


Kuala Lumpur, 8 Sept 2012 – Peminat-peminat setia ‘Oh My English!’ pastinya tidak mahu ketinggalan menyaksikan episod kemuncak musim pertama rancangan popular ‘Oh My English!’ pada 16 September (hari Ahad) pada jam 10 pagi di saluran Astro TVIQ (saluran 610).
 
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, episod kemuncak ‘Oh My English!’ akan disiarkan selama sejam dan akan menampilkan barisan pelakon terkenal tanahair. Kemunculan istimewa Rozita Che Wan dan Tauke Raja Lawak serta penyanyi-penyanyi muda terkenal seperti Altimet, Rabbit Mac, Point Blanc dan juga Ila Damiaa dijangka akan menyemarakkan lagi episod istimewa kali ini.
 
Dalam episod kemuncak ini, Mr. Middleton (lakonan Zain Saidin) mempertimbangkan untuk meletak jawatan dan pulang ke England. Sejurus berita ini diketahui oleh para pelajar di Kelas 3 Merah, mereka amat gusar dan memikirkan cara untuk membuat beliau untuk terus kekal di sekolah itu. Mereka mendapat idea untuk mencari seorang teman wanita tempatan untuk dijodohkan bersama guru kesayangan mereka semata-mata tidak mahu melihat guru mereka pergi. Adakah mereka akan berjaya menukar fikiran Mr. Middleton? Atau adakah ini merupakan kali terakhir mereka bersama di kelas 3 Merah?

Pastikan akan menonton episod kemuncak ‘Oh My English!’ pada 16 September (hari Ahad) pada jam 10 pagi di saluran Astro TVIQ (saluran 610). Siaran ulangan akan disiarkan pada hari yang sama jam 2 petang, 6 petang dan 9 malam.

Sejak program ‘Oh My English!’ mula disiarkan, siri televisyen ini berjaya menawan seramai 3 juta penonton Malaysia daripada pelbagai usia dan kaum, serta merupakan salah satu program paling kerap ditontoni melalui Astro On the Go. Halaman ‘Oh My English!’ di Facebook turut berjaya menawan hampir 130,000 peminat serta lebih daripada 5.6 juta tontonan di YouTube dan jumlah ini masih terus meningkat. Program ‘Oh My English!’ juga pernah menjadi topik hangat yang diperkatakan di Twitter (Top 2). Selain itu, laman web ‘Oh My English!’ (www.ohmyenglish.com.my) terus menjadi salah satu destinasi paling popular di laman web Astro, lengkap dengan aktiviti-aktiviti interaktif yang menarik.
 Memang tidak dapat dinafikan kejayaan menyeluruh ‘Oh My English!’ merupakan hasil sokongan para peminat dari seluruh negara.  Untuk meraikan kejayaan rancangan ini dan sempena Hari Raya, ‘Oh My English!’ telah berkerjasama dengan Astro Circle untuk mengadakan jamuan tengah hari untuk para peminat bersama dengan pelakon-pelakon ‘Oh My English!’ di Restoran Seri Melayu pada 8 September 2012. 
Peminat-peminat berpeluang berjumpa dan mengambil gambar dengan pelakon-pelakon kegemaran mereka seperti Muhammad Akhmal bin Mohamad Nazri (Jibam), Mohd. Zhafir Muzani bin Mohamad (Mazlee), Kaameshaa d/o Ravindran (Anusha), Tan Teong Sik/Roax Tan (SYS), Amer Sharrif bin Rashid (Farouk) dan juga Harun Salim Bachik (En. Mohd Salleh) serta Zain Saidin (Henry Middleton).

Astro Circle adalah program ganjaran khas untuk pelanggan-pelanggan setia Astro. Para pelanggan Astro akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Astro Circle  sila layari www.astro.com.my/astrocircle

Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari  www.astro.com.my

6 ulasan:

  1. jarang2 tengok.. tapi esok tak koje leh layan ni akak

    BalasPadam
  2. entertaining jugak OME ni..jom layannn kak..

    BalasPadam
  3. selalu jugak tengok (sebab anak2 memang suka tengok) tapi sambil tengok sambil dok geram sebab student2 tu blur sangat ar... hahahah.... tapi yang nak komen sangat ni adalah Rozita che wan tu, bila make up macam tu macma minah saleh pulok, versatile sungguh dia...

    BalasPadam
  4. Mula2 dulu je selalu tgk cter ni..

    BalasPadam
  5. Bolehlah layan ni daripada tidur jer.... [",]

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers