OOO

Jumaat, Oktober 12, 2012

Abah PergiMu Takkan Kembali Lagi

Assalammualaikum

Entah kenapa di pagi hari Jumaat yang mulia ini, teringatkan arwah abah..teringat kembali wajahnya riang gembira..terdengar-dengar gelak ketawanya..dan yang paling akak tak lupa bila arwah selalu menyebut...

Alhamdulliah..abah dapat anak-anak yang baik.

ahhh meleleh airmata tanpa di sedari..semakin laju ianya mengalir...walaupun abah tegas dan garang semasa membesarkan kami..tapi abah sentiasa mengambil berat dalam segala hal.  

Banyak kenangan yang ingin di ceritakan di sini tapi...nantilah bila dah ada kekuatan akan ku ceritakan di sini buat kenangan sebelum tiba masaku pula.

Berdoa dan membaca surah yasin..al fatihah..adalah penawar untuk menghilangkan duka di hati ini.

Doa ini di ambil di SINI

Sahabat yang dikasihi,
Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia :

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.



You Never Know What You Have Until You Lose It
And Once You Lose It, You Can Never Get It Back!

Sayangi kedua ibubapa anda..bertanya khabar dan jenguklah mereka 


(gambar terakhir abah di IJN 30hb. Ogos 2012)
Al fatihah Haji Haron bin Haji Md Derus (17.1.1939 - 19.9.2012).  Semuga abah di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. 

17 ulasan:

  1. Semoga Allah merahmati dan melindungi arwah abah kak Ina.

    BalasPadam
  2. Al fatihah utk arwah,semoga ditmptkan dikalangan org2 yg beriman,.amin

    BalasPadam
  3. alfatihah utk arwah abah kak ina & abah saya..

    BalasPadam
  4. Al Fatihah ...teringat arwah abah sy...gambar terakhirnya juga di IJN kak...
    arwah juga meninggal di ijn...dah dekat setahun...tp sy rasa mcm bru semlm...pergi yg x kan ada penggantinya.....Al Fatihah....semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orng2 yg beriman...insyallah.....

    BalasPadam
  5. Innalillah..Takziah utk kak Ina dan keluarga, smg tabah menghadapi ujian ini. Mudah-mudah roh arwah abah kak ina dicucuri rahmat_Nya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Amin!

    BalasPadam
  6. takziah kak, insyallah doakan arwah berada di kalangan mereka2 yg beriman

    bahagialah hendaknya dia disisi Penciptanya semuge kite juge akn bertemu semula suatu ari nnti..

    BalasPadam
  7. Al-Fatihah, sabar ye kak. bila baca nih teringat plak kat arwah abah. semoga mereka dicucuri rahmat di sana.

    BalasPadam
  8. salam takziah kak...
    kami sekeluarga juga baru lepas kehilangan abah..
    moga allahyarham tenang di sana..

    -al fatihah-

    BalasPadam
  9. innalillah...takziah untuk akak sekeluarga..

    BalasPadam
  10. Memang kadang2 rasa rindu sangatkan kak ina bila mengingatkan ayah yang telah pergi. Al Fatihah

    BalasPadam
  11. lps bace post akak, saye pon teringatkan arwah ayah saya..die meniggal waktu saye nak amik result upsr lagi seminggu....sedey sgt sebab arwah harap sgt nk TENGOK keputusan cemerlang saya...tp, apakan daye...
    kite same2 tabah hadapi ujian Allah ye, kak?

    BalasPadam
  12. Al-Fatihah untuk arwah abah akak..

    Terima kasih kerana berkongsi doa ini dengan kami semua.

    BalasPadam
  13. al fatehah untuk arwah ayah kak ina.

    BalasPadam
  14. Alfatehah utk arwah abah akak...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers