OOO

Jumaat, Oktober 05, 2012

Apa Ada Di Salang Indah, Kampung Salang Pulau Tioman


 
Kisah percutian di Pulau Tioman tak habis-habis lagi pasal banyak gambar dan memori yang terakam di sana
Pemandangan menarik dan bersih tapi anda jangan ingat tidur kat sini ada tv yer..kalau nak tenguk tv kena pi kat tempat makan
 
Chalet ni cukuplah untuk kemudahan untuk tidur dan membersihkan diri ajer..tak boleh comparekan dengan hotel/chalet berbintang-bintang.


Jangan risau pasal keselamatan...ada balai polis di celah-celah chalet ini
Anda boleh pilih nak duk tepi laut ker ataupun idak? Tepuk poket tanya dompet
Akak ambil tepi laut..suka tenguk pemandangan matahari terbenam...feeling cam gi ke Bali lah pulak
tempat macam ni memang sesuai nak release tension
nak urut pun ada kat sini..bayaran tak silap RM50 sejam
Ada chalet yang perlu di baiki..
macam  chalet akak ..ada kayu yang reput..nasib baik 
anak akak yang terpijak..kalau akak memang harulah jawabnya..
kemudahan di bilik air pun perlu gak di perbaiki lagi.  
 Oh yer anda kena bawa sampoo..kalau nak tuala 
kena bayar deposit dulu baru boleh ambil di pejabat...
tempat lepak pun banyak..nak main sorok-sorok kat batu besar pun boleh

Kalau nak tau harga bolehlah ke SINI..kami ambil package 3 hari 2 malam
ada satu kedai bebas cukai tapi cuma jual coklat, rokok dan 
minuman keras..tapi harga tak  semurah di Langkawi
Makanan dan minuman yang di sediakan memang memuaskan 
perut dan tekak tapi makan bukan kat sini
Ada tempat di sediakan..tapi ramai yang angkut gi kat tempat di atas sebab feeling makan minum kat situ..barulah dikatakan bercuti di tepi pantai
anak-anak tak join dengan kami..kasi can mak dan ayah dorang nak dating
kalau tak berkenan dengan sarapan yang di sediakan..bolehlah borong kueh mueh dan nasi lemak dari makcik ni.....murah weiiiii

Anda tak payah nak angkut berbotol-botol air dari Mersing sebab air kat sini tak mahal..satu botol besar cuma RM2.50..oklah kann harganya..roti dan jajan pun kira tak mahallah..cuma yang  mahal sampoo, berus gigi dan ubat gigi ..baik korang bawak dari rumah.

Memang best percutian kat sini..cuma tak sanggup perjalanan yang mengambil masa yang agak lama.


8 ulasan:

  1. kak ina, nampak cam cantik jer tempat tu, bersih dan terjaga je. cuma bila baca entry kak ina tu jer baru tau challet nyer x brp ok. rasa nya kak ina memang enjoy ni pegi jalan2 kat sana

    BalasPadam
  2. Nampak gayanya...kena bercuti di Pulaulah kami....nak tengok pemandangan cantik.

    BalasPadam
  3. sonoknya tgk.. aman je rasa... compare langkawi ngan tioman mana lagi best kak ina? =)

    BalasPadam
  4. x pernah sampai sini. bila laa nak pergi. tunggu lepas bersalin sibuk dengan baby pulak nanti. haishhh.. nak sgt berjalan2 sebelum beranak ni :p

    BalasPadam
  5. blom pernah sampai kat sini..nnt nk pegi juga le nnt

    BalasPadam
  6. Nak tanya, hehe..(tgh survey nk gi sinun thn depan)...brp rate chalet tu ye??

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...