OOO

Selasa, Oktober 09, 2012

Ayam Panggang Bermadu

Ayam panggang bermadu ni lagi best bakar atas bara tapi dek kerana kemalasan nak bakar arang...akak masuk ajer dalam oven.  Bakar atas jaring dalam oven dan buh pengalas kat bawah dengan aluminium foil supaya senang nak di bersihkan nanti.  Bila dah 20 - 30 minit pusingkan ayam sambil sapu ayam dengan lebihan bahan perapan.  Tunggu lagi sehingga 20 - 30 minit baru boleh di santap.

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 8
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
3-4  sudu besar madu
6 ulas bawang putih
2 inci halia
serbuk lada hitam

 Lepas dah bakar buh ayam atas aluminum foil..ambik air yang 
keluar dan berus lagi kat atas ayam.
Cara-cara

1.  Bersihkan ayam dan toskan.
2.  Tumbuk bawang putih dan halia dan gaul semua bahan  yang lain bersama ayam
dan di perap semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
3.  Sesudah di perap boleh di panggang dalam oven dengan suhu 180C - 200C (bergantung pada oven masing-masing)  45-1 jam..atau boleh jugak di panggang atas bara arang..lagi sodap

9 ulasan:

  1. Senang resepinya...boleh try ni.

    BalasPadam
  2. telan air liur tgk,sodapnya ayam tu hehe

    BalasPadam
  3. sedap nmpak ayam tu...Liza mntak salin resepi ye kak ina...thnx

    BalasPadam
  4. omg, my favourite! thanks kak ina for sharing

    BalasPadam
  5. sedappppp (: panggang lgi tu. baur jejak kaki di sini (:

    BalasPadam
  6. aduss...lapar pulak pg ni tgk resepi ni hehehe

    BalasPadam
  7. confirm sedap.. dah lah perut lapo ni..

    BalasPadam
  8. eh? cam senang je resepi akak bg ni.. buleyh cube ni kak..kite bako aje..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers