OOO

Selasa, Oktober 16, 2012

Karipap Ala-Ala IKEA

Assalammualaikum dan selamat petang

Baru sempat nak update blog belah petang..pagi tadi ke Bandar Baru Bangi sebab nak jumpa 2 orang pemenang GA akak tempuh hari.  Pastu jumpa 2 orang lagi member blogger yang dah lama tak jumpa.  Terima kasih kepada  Ummiross sebab sudi belanja akak makan tengahari. 
Sape yang pernah ke IKEA mesti pernah rasa karipap IKEA yang di jual di sana.  Akak pun suka gak beli..kat situ satu karipap di jual RM1.00 tapi kalau beli 5 dapat free satu..kalau tak silap.  

Nilah karipap IKEA. Karipap tu macam karipap biasa tapi ada letak potongan telur rebus.

Akak pun bervangan nak buat karipap ala-ala IKEA minggu lepas. Bila dah letak potongan telur kenalah buat doh  besar sikit dari biasa.


Kulit Karipap
1/2 kg tepung gandum
2 sudu besar mentega/marjerin

2 sudu besar minyak masak

Air masak suam  bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)


Cara-cara
1. Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4. Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)
6. Siap untuk di gunakan.

  akak sekarang ni jarang terap bulat-bulat..ambik doh..gentel bulat terus di canai ...tak kuasa nak terap lagi dah..
Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang-dadu 
  • 2 biji bawang besar-dadu 
  • 3 sudu besar kari daging-ikut suka 
  • 400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap) 
  • 1 stok ayam 
  • 4 biji bawang kecil* 
  • 3 biji bawang putih* 
  • 1 inci halia* 
  • 3 tangkai daun kari
  •  air secukupnya
  •  garam dan sedikit minyak
  • 4 biji telur rebus-dipotong kecil
 
Cara-cara
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh). Toskan. 
  2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia. 
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  4.  Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak. 
  5. Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar. 
  6. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer) 
  7. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala. 
  8. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
  9. Bila inti sejuk, ambil doh dan terap bulat.  Masukkan inti dan potongan telur rebus kemudian klim seperti biasa.
  10. Bila menggoreng gunakan api perlahan, kalau api besar nak kulit karipap menggerutu

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    jumpa Ummiross yer
    sihat dia...

    BalasPadam
  2. bestnyaaaaa....karipap tu my feveret tu..nak la seketoi, bole? ;-)

    BalasPadam
  3. nak sikit... dulu masa kat penang selalu beli karipap besar kat jelutong..... nak try jugaklah resepi ni....

    BalasPadam
  4. Wah karipap ala ikea
    Sop suka karipap ikea tu
    Nanti boleh rasa kak ina punya lak heheheh

    BalasPadam
  5. saya tak pernah cuba lagi karipap ikea...hmm... sedap ke masuk telur rebus tu...

    BalasPadam
  6. salam...saya tak pernah lagi beli karipap ikea..rupanya ada letak telur rebus ye kat dalam tu..nanti bolehlah cuba buat...

    BalasPadam
  7. ermm...bestnya karipap lama tak buat,,,

    BalasPadam
  8. sedapnye karipap ni.. terima kasih kongsi resepi karipap ni akak..

    BalasPadam
  9. Saya pun tengah cuba buat karipap ala IKEA punya karipap. Harap2 menjadi la... Cuma saya kena g IKEA la, beli sket, buat contoh saiz, bentuk & rasa. Saya tak pernah beli karipap yg menjadi sebutan ramai tu.. Sbb masih belum puas hati dengan hasil sekarang ni.. Huhuhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers