OOO

Sabtu, Oktober 06, 2012

Macam Lasagna Lah Pulak Tortilla Ni

Tenguk kat dalam fridge ada 1 paket tortilla..teringin nak buat lasagna tapi kulitnya tak ada..malas nak pi beli...nak cuba guna kulit tortilla pula.

Senang ajer nak buatnya...
Sebelum tu...tumis dengan sedikit minyak zaitun.. bawang putih, 2 cili merah, 1 biji tomato  dan bawang besar yang semuanya telah di potong dadu/cincang kasar.

Masukkan daging kisar pastu buhlah serbuk lada hitam, garam dan sedikit sos cili..agak-agaklah nak letak..akak pakai campak-campak ajer.  

Bila dah masak...sejukkan sekejap.  Beli mozarella cheese sepeket di kedai bakeri sebab lagi murah dari supermarket.
 

 Ambil sekeping tortilla..buh tomato sos dan mayonis..sapu rata

Tabur daging dan mozarella cheese di setiap lapisan 
dalam bekas tahan panas/pyrex.
Last sekali taburkan lagi cheese mozarella  ke semua bahagian atas dan tepi pastu..bolehlah di bakar dengan suhu 180C..panaskan dulu yer dalam 10 minit baru masukkan.
Bakar dalam 15-20 minit atau  sehingga mozarella cheese cair keperangan
Makan panas-panas lagi sedap...paling best bila mozarella cheese tu boleh tarik panjang-panjang macam chewing gum....nampak macam lasagnalah pulak kannnn..cubalah..

9 ulasan:

  1. wahhh,kreatif btl k.ina nak sikit! :)

    BalasPadam
  2. wah..sangat kreatif dan berinovatif ..
    sangat semacam pizza..haha

    BalasPadam
  3. idea yg bagus ni k ina...mesti kenyang giler dah habiskan sepotong!

    BalasPadam
  4. Salam Kak Ina,
    The mexicans panggil ni tortilla stack, memang sedap kalau buat mcm ni sbb makan sikit dah kenyang, hehehe. Pastu, dpt guna the whole pack of tortilla tak berlebih2 kan.

    BalasPadam
  5. Sedapnya kak.. Tengok gambar je dah buat kami terliur.. Idea yang bagus.. Mesti licin kan... :)

    BalasPadam
  6. Asslmkum kak ina
    Good idea la kak. Sue pun ada byk lg tortila dlm esbox tu. Boleh try bwt mcm ni. Tp still kn tggu ada org ramai. Hb x mkn sgt benda2 mcm ni. Pelik katanya. Huhuhu

    BalasPadam
  7. asal kreatif, mcm2 bole jadi kan , kak?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers