OOO

Rabu, Oktober 10, 2012

RAINBOW CAKE IN JAR - Walla Sedapnya

Berkobar-kobar hati nak cuba buat CAKE IN THE JAR bila tenguk hasil yang menakjubkan dari sebuah blog.  Akak dah lama nak membuatnya tapi tak jumpa lagi botol ini..akhirnya terjumpa botol kat satu kedai bakeri di Danau Kota.  
Apa lagi..terus beli bahan yang di perlukan dan cuba membuatnya dengan semangat yang penuh jitu..chewahhh.
Bukan senang rupanya nak buat cake ini..amat mencabar sungguh. Kena paip satu persatu ..oleh sebab kurang cermat hasilnya kurang memuaskan.  Memang kena buat dengan cermat.

Tapi puas hati sebab cake in makan memang sedap..tak sedar satu demi satu botol dah habis.  Nak kena cuba selalu baru dapat kaedah yang betul dan menarik.

Bahan-bahan
200 gm butter
330 gm gula castor
5 biji putih telur A
2 sudu kecil esen vanilla
400 gm tepung gandum*
4 sudu kecil baking powder* - *satukan dan ayak
290 gm susu segar
 

Pewarna
1 sudu kecil pewarna ungu
1 sudu kecil pewarna biru
1 sdk pewarna hijau
1 sdk pewarna kuning
1 sdk pewarna oren
1 sdk pewarna merah
 

Cara-caranya
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Tuang putih telur dan esen vanilla, kemudian pukul lagi sehingga adunan sebati.
3. Masukkan adunan tepung di selang seli dengan susu segar, gaul sebati dengan menggunakan spatula, jika nampak berketul-ketul, gunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan selama beberapa saat.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap bahagian lebih kurang dalam 210 gram dan tambahkan setiap bahagian dengan setiap pewarna, boleh tambah perasa jika suka.
Masukkan dalam 'piping bag' dan gunting hujung 'piping bag' supaya menjadi lubang kecil.
5. 'Pipe' nipis adunan warna ungu dalam balang bersaiz 2.5 inci lebar x 3 inci tinggi, diikuti dengan warna biru, hijau, kuning, oren dan merah. 

6.  Jangan 'pipe' tebal sangat nanti kek akan mengembang. (buh lebih kurang 1/3 (suku botol ajer..kalau setengah botol..nanti adunan mengembang sampai ke atas..tak ada tempat nak buh aising cheese)

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terdahulu secara 'waterbath' dengan suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak, pastikan air dalam loyang adalah air panas.
7. Sejukkan kek, baru 'pipe'kan dengan adunan cheese (resepi dibawah) di atas kek dan hias ikut kreativiti masing-masing.
8. Ikatkan riben bersama sudu, sejukkan dan siap dihidangkan atau untuk dijual.
9. Adunan ini mendapat 13 balang.

Bahan-bahan  cheese..
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 gm gula aising - ayakkan
Cara-caranya
1. Dalam mixer, sebatikan cream cheese dan butter.
2. Tambahkan gula aising dan pukul lagi sehingga adunan rata. Siap untuk digunakan.  Paipkan menggunakan beg piping supaya tak sememeh..pastu taburlah coklat urai kalau suka.

Walaupun rupamu buruk tapi rasanya sedap tau

21 ulasan:

  1. kena tgn seni n byk praktis baru nmpk lawa. tapi, kalo dh sedap, peduli aper rupa buruk pon kan kak?...eheheheh

    BalasPadam
  2. nice kak ;)

    selalu ddok dgr p[erihal rainbow cake ni.. xpenah kumakan... huk3x

    BalasPadam
  3. wah... tahniah lah kak ina, dah berjaya buat kek botol tu...

    BalasPadam
  4. cmne nk mkn kak??sudu iman besar xmuat la jar 2

    BalasPadam
  5. cedapnyeerrrrrrr......mintak sikit kak..hehehe

    BalasPadam
  6. hahai..sedaplah..
    nak buat tpi belum sempat...

    BalasPadam
  7. wahhh..kelasss gitu...cake in a bottle...hehe

    BalasPadam
  8. uish...bleh eh bakar guna bekas kaca tu kak?ke ade certain2 jenis je yg bleh masuk oven..nt share eh ..bekas cemana yg bleh guna...tq kak ina..

    BalasPadam
  9. alahaiii rajinnye akak, mesti sedappp tu

    BalasPadam
  10. menarik..rasa nak makan semua ..huhu

    BalasPadam
  11. rajin akak mencuba...bersemangat

    BalasPadam
  12. Stawberi..kena beli jar ni kat kedai bakeri..ada jual..kecik RM1.50 sebiji..kalau yang besar sikit cam botol jem tu RM1.70. Akak beli kat kedai bakeri di Danau Kota..tapi selalu habislah..masa pegi kebetulan tinggan sikit..akak angkutlah semuanya

    BalasPadam
  13. alow tomei2..canteknyer kak, mkn pakai sudu pnjg yg pcedoknyer bco tu sodap kan? walah!

    BalasPadam
  14. kayaknya enak tuh rainbow cake, jadi mau coba bikinnya apalagi bahannya yang gak terlalu mahal hehe.. lebih enak kalo pewarnanya dari buah-buahan jadi gak sabar hehe

    www.apk-falls.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers