OOO

Khamis, Oktober 18, 2012

Roti Bawean @ Roti Boya

 
Roti Bawean @ Roti Boya ni mungkin suka di makan oleh orang Bawean (Boyan) kot..agaknyalah....kat Malaysia ni kan ada berbagai keturunan ..dah tentulah ada bermacam-macam makanan yang sedap-sedap yang perlu di cuba.  
Anak akak panggil roti ni karipap gaint akak karipap besar gedabak. Inti dan adunan doh memang lain sikit dari karipap yang biasa akak buat.  Khabarnya resepi ni daripada   Aziz Sattar yang pernah di siarkan di rancangan Nona TV3..akak ambil dari blog geng suka memasak.
Sumber  resepi dari Rossya, MamaFaMi & Aziz Sattar (Nona TV3) tapi akak ambil dari blog Madiha

Bahan2 Kulit/Pastri (resepi Kak Rosya)
500 gm tepong gandum
200 ml + 2 tbsp  air suam
50 ml minyak masak
½ tspn baking powder
½  tspn gula

¼ tspn garam 

(akak tambah 2 sudu planta) 


Bahan-bahan Inti (resepi Aziz Sattar)
400 gm/3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit
4 biji telur ~ direbus & buang kulit  

1 gengam/1 pokok daun sup ~ cuci bersih & hiris halus

½ biji bawang besar ~ potong dadu

1 tspn lada sulah

garam secukup rasa


Bahan Tambahan

Minyak masak untuk menggoreng roti

Sambal tumis untuk dicicah dengan roti


Cara2 menyediakan


1. Telur rebus & kentang yang telah direbus dibuang kulit & dilecek hingga halus/separa halus.  Gaul rata bersama bahan2 inti yang lain sehingga rata & secukup rasa.  Ketepikan sebentar.
2. Ayak tepong bersama baking powder & letakkan dalam satu bekas menguli.  Campurkan garam & gula dan gaul rata.  Campurkan air suam & minyak masak serta planta dalam satu bekas.  
Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.
3.  Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm setiap sebiji.  Bulat2kan doh menjadi bebola & rehatkan dalam 5 ~ 10 minit.
 
4. Canai bebola menjadi bentuk bulat sehingga nipis seperti kulit karipap.  (JANGAN CANAI TEBAL YER NANTI KULIT SUSAH NAK MASAK KAT BELAH DALAM MASA MENGGORENG!).  Taburkan tepong di atas sebiji pinggan yang leper & letakkan doh yang dicanai tadi di dalam pinggan tersebut. (sila rujuk gambar). Inti dibahagikan kepada 4 bahagian & masukkan 1 bahagian inti di atas doh yg dicanai tadi & ratakan seperti dalam gambar.  
Canai lagi 1 bahagian bebola membentuk bulat yang sama saiz seperti yang pertama tadi & tangkupkan di atas inti tadi.  Kemaskan bahagian tepinya & kelim tepinya seperti anda mengelim karipap.  Susun Roti Bawean yang siap dikelim di atas plastik bersih yang sudah ditabur tepong. Ulangi proses yang sama utk semua bebola tadi untuk mendapatkan 4 biji Roti Bawean.
 
5.  Sediakan non stick pan & panaskan sedikit minyak (anggaran 1 cawan) dengan menggunakan api yang perlahan.  Bila minyak panas.. masukkan 1 keping Roti Bawean & gorenglah sehingga garing & warna kulitnya bertukar warna kecoklatan.  Dengan berhati2.. terbalikkan roti & goreng pula disebelahnya sehingga garing.   
(Akak terbalikkan menggunakan sudu dan chopstik..memang payah nak terbalikkan roti ni bila dalam kuali.   Jika guna sudip bimbang minyak terpercik pulak)  
JANGAN GUNA API BESAR UNTUK MENGELAKKAN ROTI CEPAT HANGUS &  MENTAH DIDALAM.  Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan.

6.  Potong roti kepada 6 bahagian & hidangkan begitu saja atau lebih sedap dihidang bersama sambal tumis ikan bilis atau kari ikan.

10 ulasan:

  1. wah... karipap besar..
    kalau tak tahu nama roti baewan tu pasti sop panggil karipap gergasi.. hehehe

    BalasPadam
  2. Dah la tengah ziarah blog ni, perut tengah lapar. Rasa nak terkam masuk dalam blog je makan terus roti ni.... hehehe

    BalasPadam
  3. mak aihhh besarnya...ni kalu anak sepuluh baru best makan ni..hehe

    BalasPadam
  4. makaiiii besarnya...sekali hadap terus kenyang nih..nampak pun sedap...

    BalasPadam
  5. wahh sedapnyaaaaa :) besau lak tu!

    BalasPadam
  6. sedapnyer.. kalau dapat makan ni memang puas hati.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers