OOO

Sabtu, Oktober 20, 2012

Tak Jemu-Jemu Dengan Rendang Itik

Mula buat rendang itik yang akak beli, akak gunakan p/cooker sebab nak empukkan daging.  Tapi bila beli di Mydin, tak payah rebus sebab dagingnya taklah liat dan tak hancur walaupun ambil masa yang agak lama nak keringkan rendang. 

Bahan-bahan
  • 1 ekor itik-di potong 12
  • 1 1/2  sudu makan jintan manis*
  • 1 1/2 sudu makan ketumbar*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 1/2  sudu kecil lada hitam*
  • 15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang serai-3 kisar- 2 titik hujung
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
  • 1/2 kg  santan pekat (beli yang kira kg ajer)
  • sedikit air-nak lembutkan daging itik
  • 1 keping asam keping
  • sedikit minyak
  • garam
 Cara-cara
1.  Bersihkan itik dengan tepung gandum, bilas dengan air  dan toskan. 
2.  Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
3.  Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup bersama 3 batang serai.
4.  Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan no 2.
5.  Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula itik. Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk. 
6.  Kacau dan masukkan santan pekat, sekeping asam keping  dan sedikit air.
7.  Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
8.  Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam dan rasa.
9.  Bila dah agak pekat, kecilkan api..takut hangit...dan kacau selalu sehingga kering.(akak gunakan kuali non stick sebab tak melekat kat kuali)

8 ulasan:

  1. Sedapnyer! Kecur air liur tengok

    BalasPadam
  2. sedapnya! tak pernah lg mkn itik heheh

    BalasPadam
  3. sedapnya,,tak pernah mkn itik..rase mcm daging ayam ke?hahah soalan

    BalasPadam
  4. bila tengok rendang, teringat kenangan lama..huhu

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakina....mesti sedap rendang ni hubby mama pun suka rendang itik ni...:)

    BalasPadam
  6. pia dah pandai makan itik kak, :)

    BalasPadam
  7. kalau itik ni Nurul kurang sikit.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers