OOO

Selasa, November 27, 2012

Kerabu Mangga-Buat Kecur Air Liur

 
Musim mangga sekarang ni.  Bila tenguk mangga di pasar pagi terus teringin nak buat kerabu.  Ada yang suka letak udang kering dan kacang tanah..akak tak letak tu semua.  Buat camni pun dah kira sedap bagi tekak akak.


Bahan-bahannya
1 biji mangga besar
1  biji bawang besar
8 biji limau kasturi  ( diperah jusnya)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar sos ikan
2 biji cili merah
4 biji cili padi
 
 Cara-caranya
1. Kupas mangga muda, parut halus ataupun cincang.
2. Hiris nipis bawang besar, cili merah dan cili padi.
3.  Satukan jus limau nipis, sos ikan dan gula pasir dan tuang ke dalam semua bahan yang telah di hiris tadi dan pastikan semua bahan sebati.


4. Masukkan ke dalam peti sejuk sebentar dan hidang bersama tomyam daging campur sayur kobis bunga, hirisan bawang besar dan tomato, lobak dan cendawan..pastu...tambah hirisan cili padi..fuhyooo mantop beb..
5. Makan camni pun dah boleh membuatkan makan nasi putih berpinggan-pinggan kannnnn.......
 

12 ulasan:

  1. makan plak ngan nasi panas..walaweiii...sedapnyaaa...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    memang kecur air liur saya....

    BalasPadam
  3. memang banyak la kalau makan camni. selera sedap je

    BalasPadam
  4. Kak ina..hari-hari masak sedap2, memang kecur air liur ummi ni..

    BalasPadam
  5. Adehhh kak, terliur abes tengok kerabu mangga tu :D

    BalasPadam
  6. pehh..kerabu mangga memang sedap time-time panas macam ni..lagi plak bila baru aje lepas simpan kat peti sejuk semalaman..

    BalasPadam
  7. Kak Ina, sedapnya... Memang pembuka selera.

    BalasPadam
  8. sebut mangga pun dah kecur liur... apa lagi di buat kerabu... memang memecah selera la kak ina... gluppp gluppp. hehehe!

    BalasPadam
  9. memang kecur betul dah air liur ni. =='

    BalasPadam
  10. slm Kak Ina...mmg kecur nengoknya..aduyaii

    BalasPadam
  11. salam kak ina.dua dua gambar makanan kat atas tu adalah paberet saya..huuuuuuuuu kata org sarawak...nyamannnn (sedap) hehe

    BalasPadam
  12. mmg kecur nengoknyer.. akak tao x cmne nk buat kerabu perut ngn toge? len2 bhn xtao tp pena mkn kt 1hotel ni sodap giler..tu 1st time mkn kerabu perut mmg sedappp

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers