OOO

Selasa, November 13, 2012

Lempeng Pisang Ala Ala Kampung

Assalammualaikum dan selamat petang semua

Dalam minggu ni akak terasa sikit stress sebab sponsored post yang akak dapat memang memeningkan otak akak nak cari idea.  Kali ini sp agak mencabar sampai akak kena edit dan olah balik sampai 2 kali.  Tension gak di buatnya...tapi itu semua cabaran yang harus akak harungi demi memuaskan hati semua pihak.  Bukan senang kan pengiklan nak bayar kat kita kalau kita tak memberikan hasil yang terbaik.


 Sekali-sekali makan lempeng pisang memang sedap..terutama bila hujan dah turun. Makan tengah panas-panas bersama kopi kampung, sedar tak sedar dah habis sekeping.  Akak guna pisang emas dan buh kelapa parut putih sikit.  Akak ambik resepi dari blog Mat Gebu tapi akak tukar sikit bahan-bahannya.

Bahan-bahannya
10 biji pisang emas yang masak ranum
4 sudu besar gula perang
sedikit kelapa parut
secubit baking powder
1/2 camca teh garam halus
3/4 cawan tepung gandum chap sauh
1/4 cawan susu penuh krim/segar
sedikit daun pisang
sedikit marjerin

Cara membuatnya

  1. Lecek pisang tadi hingga lumat. Tambah garam, gula dan baking powder, terus melecek hingga sebati. Tambah parutan kelapa dan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masukkan pula susu penuh krim , kacau rata dan rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stik pan saiz 9 inci, letak daun pisang, letak sedikit marjerin dan masukkan 2 senduk adunan tadi, ratakan dan biar masak
  3. Kemudian terbalikkan  (letak daun pisang juga) dan masak lagi hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan...
Paling suka makan tang hitam tu...layannnnnnnnnnn

10 ulasan:

  1. Teringat dekat my mum! waaa.. Mama, suka masak ni untuk breakfast.. huhuhu

    BalasPadam
  2. Favourite nih kak. Kalau Perak pula tak salah dilipat dengan tengah-tengah ditabur dengan kelapa parut.

    Kalau lempeng pisang yang biasaa dimakan cicah dengan kelapa parut.

    BalasPadam
  3. kak ina wat saya teringat mak slalu msk 2 time ktorg balik kg la..mak pon suke yg part hitam 2.lau iman cnfrm buang la hahha

    BalasPadam
  4. pekena time ujan2 ni mmg berkeping2 la dpt telan..

    BalasPadam
  5. Ini macam rezepi chef Joe dalam masterchef.

    BalasPadam
  6. Memang layan tgk gambar lempeng Kak Ina ni

    BalasPadam
  7. kakak sekelas mengaji penah bawak...lps ni dah x satu kelas dah...huhu...x dpt laa nak rase dahh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers