OOO

Jumaat, November 09, 2012

Maybelline Hyper Cosmos Untuk Mata Memukau

Mata menjadi lebih bertenaga dan menawan

INGINKAN mata yang memukau dan bertenaga?. Produk kosmetik Maybelline kembali dengan memperkenalkan koleksi terbaru pembayang mata duo, Hyper Cosmos.
 

Selepas kejayaan Hyper Diomand dan Hyper Sharp Liner, Hyper Cosmos sekali lagi mencipta kejayaan di Amerika Syarikat sebagai pembayang mata terlaris dengan jualan sebanyak 860,000 unit sejak ia dilancarkan.
Hyper Cosmos di inspirasi dari galaksi dan sistem solar, ia didatangkan dengan tujuh warna dalam sebuah pusaran. Ia menjadikan warna mata anda sebagai satu dimensi baru.
produk duo Hyper Cosmos
Pembayang mata duo ini dirumuskan dengan tujuh warna mutiara yang berbeza dan memberi impak maksima kepada si pemakai.
Selain pusaran warna, Hyper Cosmos turut menyertakan satu warna solid sebagai warna ibu kepada duo campuran yang menjadikan ia lebih sempurna.
Hasilnya ialah kesan yang dinamik, indah dan profesional terhadap solekan anda, ia memberi gambaran berani, berseri, bertenaga dan bercahaya. Harmoni warna ini memberi solekan anda kelihatan lebih mempersona.
Kesan menarik kepada si pemakai

Langkah kelihatan sempurna dengan Hyper Cosmos
Hyper Cosmos memberikan ada kesan paling menarik dalam dua langkah mudah:
Langkah 1: Sapukan secara tipis ke seluruh kelopak mata menggunakan jari.Langkah 2: Sapukan bayangan gelap dekat dengan garisan alis mata dan sapu campuran kedua-dua warna di seluruh kelopak mata untuk kesan terbaik.
Untuk kesan yang lebih menarik dengan menggunakan Hyper Liner dan Express Volume maskara.
Maybelline New York Hyper Cosmos duo eyeshadows boleh didapati dalam tujuh warna yang berbeza, dengan bintang BU-1, gabungan indah kebiruan dan berpasir. Dapatkan ia sekarang pada harga RM28.90 seluruh negara bermula Ogos 2012.

2 ulasan:

  1. tak suka eyeshadow , nanti mata jd panda .. dlm wish list sy nak lipstik maybelline ni ..

    BalasPadam
  2. nak kongsi sikit, jemput tengok blog saya,thankz
    http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers