OOO

Khamis, November 08, 2012

Tak Jemu-Jemu Cream Puffs Yang Sedap

Assalammualaikum dan selamat petang semua.

cream puffs kak ina kl, creams puffs pic, gambar creams puffs
Buat lagi cream puffs sebab banyak lebihan krim kastad yang akak buat..akak suka buat sebab anak-anak suka makan.  Akak masukkan cream custard dalam piping beg dengan nozzle tajam dan cucuk ke dalam puffs ni..malas nak potong dengan pisau.

 
Bahan  Puff Pastry
  • 300 gm susu cair IDEAL
  • 3 kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
  • 1 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1 camca besar mentega
Cara membuatnya:-
Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.

Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. 
Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut
Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. 
Paipkan bentuk siput atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.  
Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah  sedikit ataupun pancit cream dengan piping dan boleh diisi dengan pastry cream...


 Yang ni akak buh lebihan Pai Shuu Crust 

Krim Kastard
1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm

1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung ~ ita tambah

1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar

4 biji kuning telur

3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair

30 gm butter

1 sudu teh esen vanilla

Secubit garam

Non Dairy Whipping Cream secukupnya.



Cara-caranya
  1. Ayakkan tepung terlebih dahulu
  2. Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
  3. Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
  4. Kacau hingga adunan sebati
  5. Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
  6. Kacau rata
  7. Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
  8. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
  9. Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
  10. Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
  11. Biarkan ia sejuk
  12. Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin
 
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:
Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.

Kaup balik hingga adunan sebati


 
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.

9 ulasan:

  1. fuhh..salah satu favourite saya ni..bila nak hantar ke sini?hik3

    BalasPadam
  2. kak ina, ummi suka sangat krim puff kalau intinya sedap. Tengok krim kastard kak ina yang meleleh tu dah dapat rasa kesedapnnya.

    BalasPadam
  3. kalau dapat makan cream puff tiap2 hari memang best..tak pernah jemu la kak....sedap...

    tambah2 bila makan tue, cream tue meleleh...slurpppp...sedapnya

    BalasPadam
  4. alamak kakkkkkkkkkkkkkkkkkk

    best nye

    tingin nak buat tp tkt tk jadi la

    BalasPadam
  5. Cream puffs lagi.. sedapnyer....

    BalasPadam
  6. bila la pia nak buat ni kak ina nya,hehe

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Kak Ina

    eluk naik nya....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...