OOO

Selasa, Disember 25, 2012

Ayam Panggang Lemon Rosemary/Lemon Rosemary Grilled Chicken

Assalammualaikum semua

Memang minggu ni minggu dugaan bagi kami sekeluarga tapi kami redha dengan ketentuan darinya.  Bersabar dengan apa yang terjadi dan alhamdulliah kami dapat menghadapinya dengan penuh rasa redha dan tawakal dengan qada dan qadar darinya.
Paling mudah nak buat dan nak makan ayam jika buat camni..cuma perap pastu bakar dalam oven.  Kalau virus M banyak akak buat dinner untuk family.  Goreng wedges, panaskan Campbell's Soup  (mushroom) dan buat garlic bread (beli roti kat GIANT) akak suruh anak-anak buat.  Akak cuma buat salad ajer.


Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana-potong 12
  • 1 biji lemon-ambil jus sahaja
  • 3 sudu makan rosemary kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu makan madu
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
Bahan lain untuk di bakar
  • kentang, dipotong 6
  • tomato dipotong ikut suka
  • bawang, dipotong bulat
Bahan sampingan
  • Salad
  • garlic bread
  • kentang wedge
  • Campbell's Soup  (mushroom)
 Cara-caranya


1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.
3.  Sebelum di bakar masukkan kentang, tomato dan bawang besar.
4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.


21 ulasan:

  1. Sedapnya :)
    Nampak menyelerakan :)
    Teitiba perut lapar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sedap bolehlah cuba buat miza..senang ajer nak buat tau

      Padam
  2. Sedapnya ... Kalau nak makan kena g ikea... Ni dah boleh buat di rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat jangan tak buat eddy ipoh

      Padam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    saya doakan agar bapa mertua kak cepat sembuh, supaya mudah beramal

    BalasPadam
    Balasan
    1. mualaikumsalam atuk
      amin amin amin..alhamdulliah sekarang ni dah beransur sembuh

      Padam
  4. Balasan
    1. geram jangan ohcikgu geram..buat ajer sendiri

      Padam
  5. Nyam2....buat saya lapaarrrr...blom lunch lagi ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lapo..gi ajer ke kl festival..macam-macam ada kat situ kan

      Padam
  6. Ummi pun suka ayam panggang kak, nanti ummi nak cuba juga resepi kak ina ni, insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba jangan tak cuba ummiross..garenti sedap

      Padam
  7. sedap la aym rosemary ni..pena tgok omputeh msk kt tb tp xphm benau resepinyer..

    akak boleh ke resepi yg sama ni kita ganti dgn dagen je ye? sesuai x kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap..akak tak taulah lov..nanti akak nak try lah pulak

      Padam
  8. salam ni jamie oliver ina garten huat carra ni...

    resepi recycle...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang resepi recycle tanpa nama..kenapa tak boleh ker?

      Padam
  9. Kalau macam nie pun okey jugak - main ratah je ayam tue....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu hazman...baik untuk orang yang nak berdiet cam kita berdua kan

      Padam
  10. hantar sikit ke banting, boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. la duk banting ker? auntie pernah gak singgah 2-3 kali kat situ sbb kakak ipar duk kat telok

      Padam
  11. Wah sedapnya. Boleh cuba resepi ini nanti. Ketahui khasiat dan resepi ikan salmon di http://www.wom.my/saji/resepi/khasiat-resepi-ikan-salmon/

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...