OOO

Khamis, Disember 06, 2012

Bharat Tea Plantation-Bercuti Ke Cameron Highland

Akak dah pernah pergi ke Cameron Highland pada tahun 2001 kerana di hantar berkursus.  Tapi tak gi jejalan sangat pun sebab padat sangat jadual yang di sediakan.  Cuma sempat pi tempat tanam strawberi dan pasar malam brincang.  

Bila tenguk jalan macam ular dipalu bila nak ke sini..langsung tak nak pi lagi dah.  Cuti kali ni kami rancang nak gi sini sebab suami akak  seumur hidup tak pernah naik termasuk anak-anak akak. 

Bila mula naik...semua dah risau sebab mereka ni bukan leh jalan camni, bengkang bengkuk....alamat termuntah hijau dibuatnya.  Akak dah suruh prepare beg plastik, asam dan minyak chap kapak.  Sepanjang perjalanan banyak gak tanah runtuh yang sedang di perbaiki dan banyak jalan rosak sebab musim hujan, kenalah bawa perlahan-lahan.  

Kalau ada keta kat depan jalan cam semut, kita terpaksalah follow, sebab payah sikit nak potong, kang tak pasal-pasal leh jatuh dalam gaung.  Seram sejuk tenguk kenderaan yang turun ke bawah, laju semacam..macam nak langgar kita ajer.

Walaupun banyak orang asli jual durian tapi anak-anak tak nak gak makan..takut loya.  Bila sampai kat Air Terjun Lata Iskandar semua teruja dapat tenguk air terjun yang sungguh cantik, kami tak singgah sebab tak ada tempat nak parking. 

Suami bawa tak laju, pastu buka tingkap sebab nak bagi anak tak pening kepala, anak-anak kat belakang termasuk akak duk diam-diam, ashiklah dorang bertanya, bilalah nak sampai niTerasa sungguh jauh nak sampai ke atas...akhirnya selamat gak sampai ke Ringlet..legaaaa.
Kami singgah kat Bharat Tea Plantation..nak berehat sebentar sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT.
Sambil  menikmati pemandangan indah ladang teh milik syarikat Bharat Tea Plantation Sdn Bhd yang menarik, kira-kira 5km sebelum sampai Tanah Rata kami menikmati seteko teh pudina.  
 
Harganya boleh tahan...kalau nak makanan ringan cam karipap, scones boleh gak..tapi harganya meletup aaaa.
 
Bharat Tea Plantation Cameron Valley adalah salah satu dari 3 ladang teh yang boleh dilawati di Cameron Highlands selain ladang Boh di Ringlet dan Sg Palas.  Memang cadang gak nak gi ladang Boh di Sungai Palas tapi bila tenguk jalan nak pi sana kotor dan lecak, kami tak jadi pi. 
Terletak di kawasan berbukit, tumbuhan teh ditanam  pada suhu optimum yang membolehkan daun teh yang berkualiti untuk ditanam. Ladang Teh Bharat terletak di suatu tempat antara Habu (Ringlet) dan Tanah Rata dan senang di jumpai kerana terletak di tepi jalan, yang bestnya nak masuk ke sini tak di kenakan bayaran. 


 
Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga petang, kalau anda nak tenguk cara dorang petik daun teh kenalah datang awal pagi. Nama yang betul untuk pusat teh ini adalah Ladang Teh Cameron Valley tetapi ia sering dikenali sebagai Ladang Teh Bharat kerana ia dimiliki dan dikendalikan oleh Kumpulan Bharat.
kalau larat anda boleh turun sampai ke bawah
Bharat Tea Plantation memulakan perniagaan mereka pada tahun 1933 dan mula memproses sendiri daun teh pada 1950s.   Tak larat nak turun sampai kat tempat cantik ni tapi  alangkah bestnya jika dapat melawat kilang memproses teh..tapi sayangnya pengunjung tak di benarkan untuk melawatnya.


 
Seronok sungguh anak-anak akak kerana dapat merasai pengalaman sebegini, dulu masa mereka bersekolah kalau ada rombongan nak ke sini, akak tak bagi pi sebab akak risau bila memikirkan jalan yang bengkang bengkuk..lagipun dorang bertiga ni memang kaki muntah bila lalu jalan camtu.


Tak larat nak turun bawah..akak posing dari atas saja...sape yang pegi ke Cameron Highland bolehlah singgah yer.

17 ulasan:

  1. Kak Ina lalu jalan Tapah ker bengkang bengkok sampai nak muntah tu? kalau lalu jalan simpang Pulai rasanya tak ada lah cam tu..hiway 2 lorong tak pening kak..

    BalasPadam
  2. lame dah xpegi,rase nak berdesup sekarang gi sana hehe

    pia xpenah try simpang pulai,mmg dari kg hubby ikut tapah je.dekat sikit,jalan mmg sempit pusing2.tapi ade Lata Iskandar

    hati2 la,xkira kat mane2 pon kan?

    BalasPadam
  3. Salam.kak..saya bru je blik bercuti dr cameron..saya pg naik dari tapah..mmg seronok coz ada air terjun lata iskandr.teh bharat plantation mmg best..tp kepla pening..pasar mlm brinchang mmg meriahkn..lps2 homestay mmg terbaek..kt kpg sedia tnh rata..dkt ngn strawbery prk..cuma x dpt singgh kt teh sg palas..x ckp msa nl blik..insyaallah thun dpn pg lg..

    BalasPadam
  4. Tkasih keran N3 ni. Tapi terigat jln bengkak bengkuk tu takut pulak.
    Oh simpang pulai tu kat mN?

    BalasPadam
    Balasan
    1. keatas sikit dari tapah..tapi ambil masa lama sikit lah..
      klu ikut simpang pulai tak rasa takut tau mamaju

      Padam
  5. teringin nk g lagi cameron...best nyer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergilah adda...sekali pun tak per

      Padam
  6. err..anak single lagi tak? hehe..

    BalasPadam
  7. sronoknyer ank2 akak, pemandangannya cantek2 la kt sana..jarang g sana..kalo g pun lov xpernah smpai kt ladang teh ni..best la..

    walopun penggile kopi tp mmg xkn lpskan peluang utk mrasa teh segar mcm ni..hrganya boleh thn ye kak..mendalam mksud tu..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun suka kopi lina..teh pun suka gak

      Padam
  8. Posing sakan anak2 akak ye :)

    Takpe kak, penat mendaki laluan berliku ada habuannya.. View cantik kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mestilah posing myra..bukan senang nak sampai kat sini

      Padam
  9. Cantik sangat kan pemandangan, sejuk mata memandang..

    BalasPadam
  10. wahh..anak-anak pun ada gakk.hehe..

    BalasPadam
  11. ehm..kalau nk kurang kan mabuk..kunyahlah cewing gam..on the way tu...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...