OOO

Isnin, Disember 31, 2012

Kari Ketam

Assalammualaikum semua
Semalam memang mood merudum ..tak mood nak update blog..dapat pula sms ada rakan blogger telah meninggalkan dunia yang  fana ini.  Teman blogger yang selalu akak jumpa di event Nuffnang ..DD yang peramah dan kelakar. Banyak kenangan bersama arwah yang indah untuk di kenang.

Al fatihah buat arwah..semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
Firdaus tak suka ketam..susah nak makan..tapi anak lain ok pulak..5 - 1 tentulah Firdaus yang kalah kan.  Selain dari masak sup akak suka gak masak kari ataupun masak lemak cili padi.

Pastu goreng sayur dan ikan sepat masin..memang makan tak pandang kiri dan kananlah jawabnya.  Kuah lebihan tu leh di cicah dengan lempeng kelapa ataupun cekodok.


Bahan-bahan

  • 4 ekor ketam-dibersihkan dan di potong 2
  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 400ml santan pekat
  • 700ml santan cair-kalau nak banyak tambahlah lagi
  • 6 sudu makan kari ketam/udang
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • garam, dan minyak secukupnya
Bahan tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
Cara-cara

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan cair.
6. Apabila mendidih, masukkan pula santan pekat dan ketam.
7. Tunggu sehingga mendidih dan sentiasa kacau takut nanti pecah minyak.
8. Bila mendidih selama 10-15 minit , perasakan garam dan rasa dulu barulah di masukkan asam jawa dan terus padamkan api.

13 ulasan:

  1. Bestnya ketam..tapi kalau makan mesti lambat sebab nak kena korek isi..

    BalasPadam
  2. sedap nye kak ..

    tp sy jarang makan ketam

    BalasPadam
  3. mmg sedap kari ketam tu..
    tau sbb tgk gambar jer.. x yah makan pun boleh agak.. hehehe

    BalasPadam
  4. suke sgt mkn ketam, xkira msk ape mmg bedal hbs punyer..ehehe kalo kari dia mmg sdp jgk kalo dicicah dgn ckodok or lempeng..aduuu nk carik ketam..

    BalasPadam
  5. firdaus tak suka tak pe, mak cik siti memang suka ketam cuma malas nak masak jer...hihi

    BalasPadam
  6. Ummi suka sangat ketam kak ina, buat kari ni lahi best, ratah je pun boleh..

    BalasPadam
  7. nyam2..sedapnya...blom lunch lagi ni..huhuuhuh

    BalasPadam
  8. Dalam makanan seafood, ketam antara paling tidak disukai. Kerana sampai sekarang masih tidak pandai cara-cara permakanan ketam yang betul. Tengok orang lain seronok mengigit isi, tetapi untuk saya sekadar gigit dan hancur, tetapi isinya tiada.

    BalasPadam
  9. ah! kari ketam...so drooling. suka sangat, cumanya selalu terkilan coz isi kurang.

    BalasPadam
  10. cantik design Keirin. Me suka sangat2 :-)

    BalasPadam
  11. I am actually thankful to the owner of this web site who has shared this fantastic post at at this place.



    My site ... ranking kredytów hipotecznych (http://www.katalogkredytow.pl)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...