OOO

Khamis, Disember 06, 2012

"Pencarian Chef Selebriti 2 BH dan Gas PETRONAS Musim Ke Dua"

 
Seramai 20 perserta terpilih ke peringkat separuh akhir pertandingan "Pencarian Chef Selebriti 2 BH dan Gas PETRONAS" iaitu 10 peserta, kategori individu dan 10 peserta bagi kategori profesional.

Peserta telah di pilih pada 7 November lalu di Bilik Mesyuarat Samad Ismail BH, Balai Berita Bangsar.  Pemilihan peserta telah di lakukan oleh wakil daripada BH, Pengarang Eksekutif (Berita) BH, Norhayati Md Said, Penolong Pengarang Unit Wanita BH, Jami'ah Shukri selaku ketua juri  'Pencarian Chef Selebriti 2 BH dan Gas PETRONAS 2012', Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, Pengurus Kanan Penjenamaan BH, Jackie Loo dan Pakar Pengiklanan Kanan (Percetakan) The New Straits Time Press (Malaysia) Berhad, Raja Nurul Hidayah Raja Nordin.  
 
 Pengumuman 20 calon separuh akhir dan penyerahan apron dan topi chef.

Pengumuman peserta separuh akhir turut di hadiri Pengarang Kumpulan BH, YBhg Datuk Mior Kamarul Shahid, Pengurus Besar, Bahagian Perniagaan Gas Petrolium Cecair (GPC), PETRONAS Dagangan Berhad, Puan Nik Faizanira Nik Affandi dan juga Timbalan Pengarang Kumpulan BH Encik Mahfar Ali.

Pertandingan separuh akhir itu berlangsung di pusat membeli-belah Aeon Bukit Tinggi, Klang, pada 1 Disember ini.  Manakala bagi pertandingan akhir pada 15 Disember 2012 akan diadakan di Piazza E@Curve, Damansara, Selangor.
 
Peserta di pilih melalui 100 borang penyertaan bagi kategori individu dan 50 borang penyertaan bagi kategori profesional yang di terima.
Peserta yang berjaya di pilih berdasarkan borang penyertaan yang dihantar berserta gambar bersama masakan, satu set senarai resepi (merangkumi pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut) dan 10 kepala akhbar BH serta satu penutup silinder Gas PETRONAS.

Sepuluh peserta terpilih bagi kategori Profesional iaitu Umi Akmawati Ayob, 37; Mohd Shahrel Ahmad Khalim, 33; Mohd Fazeli Awang, 31; Kamarudin Dali, 38; Mohd Zamri Sahari, 25; Riza Ismail, 28; Mohd Khairul Anuar Mustafa, 30; Ahmad Safwan Fathy Samsudin, 30; Mohd Hafiz Tajuddin, 26, dan Ahmad Nizam Simbog, 35.
Sepuluh peserta kategori Individu adalah Che Azawimie Che Zahari, 25; Mohd Sharifudin Saleh, 42; Rosni Johari, 36; Muhamad Khainaz Madjeli, 21; Wan Mohd Yazid Wan Mohd Hanafiah, 25; Azman Abu Samah, 49; Chua Tor Aik, 22; Amy Norina Jamil, 40; Mohd Khairuddin Zainal Abdul 28, dan Zurinah Sahari, 41.
 
Format pertanding Chef Selebriti  kali ini  adalah berlainan di mana peserta bagi kategori individu dibenarkan membawa seorang pembantu dapur ketika pertandingan dan membawa bahan-bahan masakan berdasarkan resepi yang di hantar.

Bagi kategori profesional pula, peserta tidak dibenarkan membawa pembantu dapur dan sebarang bahan masakan semasa pertandingan kerana akan disediakan oleh pihak penganjur sebagai unsur kejutan untuk menguji keupayaan peserta dalam menyediakan hidangan dengan bahan masakan yang tidak di ketahui.

"Bertepatan namanya Chef Selebriti, uniknya pertandingan ini bukan sekadar mencari individu yang pandai memasak, juga mempunyai personaliti menarik, berupaya menawan hati penonton dengan pengetahuan dalam bidang masakan dan kepetahan berbicara", kata Datuk Mior Kamarul Shahid, Pengarang Kumpulan BH.

"PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) amat komited untuk memainkan peranan besar dalam mencungkil bakat-bakat baru di kalangan peserta bagi memupuk pembangunan industri masakan tempatan.  Pertandingan ini juga adalah satu medium untuk kami mempamerkan dan meningkatkan pengetahuan pengguna mengenai kelebihan dan kualiti Gas PETRONAS yang merupakan Gas Memasak No. 1 di Malaysia," kata Puan Nik Faizanira Nik Affandi.

Bagi membuktikan initiatif PDB untuk terus mempertingkatkan pengalaman para pelanggan setia kami, Gas PETRONAS telah memperkenalkan sistem penghantaran ke rumah melalui talian 1-300-888-GAS (427).  "Bukan Sekadar  Menghantar Gas".   

Dengan hanya satu talian untuk di hubungi, pelanggan akan mendapat pelbagai faedah sampingan seperti mata ganjaran Kad MESRA dan pemeriksaan keselamatan percuma daripada krew penghantaran yang terlatih.

Demonstrasi masakan oleh Angah Raja Lawak salah seorang  Peserta Masterchef Selebriti yang di beri nama Ayam Tango yang penuh dengan gelak ketawa.

Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid berkata, Pencarian Chef Selebriti 2 BH dan Gas Petronas memasuki tahun kedua dan diteruskan selepas mendapat sambutan menggalakkan pada musim lalu.
 Angah Raja Lawak berdebar bila VIP merasa masakan beliau
Pencarian Chef Selebriti 2 BH dan Gas PETRONAS menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi kepada pemenang peraduan setiap kategori.  Pemenang profesional juga berpeluang menjadi penulis jemputan ruangan masakan setiap Khamis di BH Famili selama 6 bulan.
Tempat kedua bagi kedua-dua kategori masing-masing akan menerima RM2,000 dan trofi, manakala tempat ketiga akan menerima RM1,000 dan trofi manakala tempat ke 4 hingga ke 10 akan menerima RM100 dan trofi. 

4 ulasan:

  1. Laaa... ingatkan kak ina salah seorang yang berjaya.... hehehehe

    BalasPadam
  2. sronokla jadi tukang rasa tu ye..ehehe adiah pn agk lumayan..ingtkn kak ina masuk.. ^^

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...