OOO

Ahad, Disember 02, 2012

Resepi Roti Canai (Step by step)

Ashik beli roti canai kat kedai aje, tak boleh jadi ni.  Kalau kalau beli kat kedai kena beli 10 keping, dah berapa RM kan.  Kebetulan akak terlebih rajin nak terlebih rajin nak buat sendiri. Walaupun tak pandai tebar.....hati dah nak, buatlah jugak.  Akak buat main tarik-tarik atas dulang aje sebab tak reti nak menebar cam kat kedai jual roti canai.
janji boleh makan udahlah, oleh kerana nak buat ni ambil masa.....kenalah uli pukul 6.00 pagi.......resepi ni ambil dari jo Ayee yang duduk jauh di oversea tu..nama penuh tak tahulah pulak........

Bahan-Bahan

1. 550gm tepung gandum
2. 250ml air
3. 3 sudu makan susu pekat-60gm
4. 1 biji telur - 50gm
5. 1 sudu makan mentega/marjerin(akak tambah 2 sudu)
6. 1 sudu teh garam
* kalau nak rapuh lebihkan mentega/marjerin

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk (akak guna mixer)
2. Uli sehingga adunan menjadi doh yang licin dan lembut.
3. Rehatkan dalam 10 minit.
4. Uli lagi dalam 5 minit.
5. Rehatkan lagi.
6. Ulang sehingga 3 kali. Bahagikan kepada 10 bahagian.

7. Salutkan dengan marjerin. Rehatkan 30 minit.

8. Kemudian bolehlah di tebar...kan akak tak pandai tebar..nilah cara akak guna.Ni nak buat roti bom..kena bubuh marjerin..si imran yang suka. Akak tak suka pasal banyak minyak..naik lagilah badan akak ni.......

9. Ni yang biasa. Apa macam...okey tak..........ni belum di nipiskan.

10. Kemudian gorenglah macam biasa. Ni roti bom...

Dah siap boleh cicah dengan kuah kari ke.........akak cicah dengan sambal sotong malbari...alhamdulliah kenyang...........


p/s N3 ni dah lama akak published tapi ada org cari tak jumpa..akak tepek lagi sekali

11 ulasan:

  1. Fuyooh...nampak sedap. 1 roti canai kak :-)

    BalasPadam
  2. nampak sedap...memang ini lah cara buat roti canai!

    BalasPadam
  3. macam mak sy buat..xleh tebar penyet2 je ats dulang..hua2..sedappp

    BalasPadam
  4. Salam Kak InaKL ...masuk blog akak ni asyik tgk makanan ...dah terliur dah nih...huhu..tapi teramat lah "rajin" si ibu nih..tak kose nak menebar ...pi menebar kat kedai mamak ajer lah ..hehehe
    sungguh akak ni seorang ibu mithali ..seronok anak-anak cuti sekolah dapat makan apa yg dihajati ...

    BalasPadam
  5. terbaik.. dah boleh buka gerai roti canai depan rumah mcm ni.. hehehe

    BalasPadam
  6. sedap onye , dah leh buka kedai makan la akak.

    BalasPadam
  7. kayrul buat roti bom guna resepi murtabak jer..nak sedap lagi tabur gula sekali sebelum lipat...memang terangkat

    BalasPadam
  8. nampak sedap roti yg kak Ina buat. resepinya pun mudah je. insya Allah boleh cuba nnt

    BalasPadam
  9. Salam kak ina,bestya roticanai..sy teringin nak buat sendiri.tp tak pandai uli..

    BalasPadam
  10. lebih sedap daripada kat kedai...masi fresh g bahan2 dia nie...kat kedai mcm makan getahlh plak kadang2

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...