OOO

Selasa, Disember 04, 2012

Wall's dan LEGOLAND Malaysia Menyokong Keseronokkan dan Kembara

Wall's menandatangani pakatan sebagai rakan ais krim ekslusif bagi LEGOLAND Malaysia

Wall's, jenama ais krim kegemaran Malaysia meraikan perlantikan selama 5 tahun sebagai rakan ais krim eksklusif bagi LEGOLAND Malaysia bersama 30 orang kanak-kanak kurang bernasib baik di Rumah Titian Kasih.
 
 Gift Exchange
Pakatan niaga ini meluaskan lagi objektif bersama kedua-dua jenama iaitu untuk meraikan detik-detik penuh keceriaan melalui pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif serta melibatkan eleman kembara bersama kanak-kanak.
Menurut Chan Meng Yang, Pengurus Pemasaran Malaysia, Unilever Malaysia Holdings Sdn. Bhd., "Sejak penubuhan kami di Malaysia lebih 45 tahun lalu, kami sentiasa menyokong mewujudkan detik-detik indah melalui keseronokan dan kembara bersama-sama kanak-kanak, khususnya dengan rangkaian Paddle Pop kami.

Maka, kami amat berbanga untuk menjadi rakan LEGOLAND Malaysia dalam membekalkan sajian ais krim berkhasiat kepada kanak-kanak di taman tema.  Kami akan terus memupuk kanak-kanak untuk menerokai minda imaginatif serta kreatif mereka untuk merasa pengalaman menarik sambil menikmati keseronokkan dan kembara dalam kehidupan seharian.  

 
Kami terhutang budi kepada LEGOLAND Malaysia kerana bergabung bersama kami dalam menyediakan pengalaman interaktif kepada kanak di Rumah Titian Kasih"'
Siegfried Boerst, Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia berkata, "LEGOLAND amat menyokong pembelajaran sambil bermain dan kami gembira kerana terdapat peluang ini untuk memberi impak bersama satu jenama yang berkongsi minat ke arah memperkayakan kehiduapan kanak-kanak.  
Selaku sebuah taman yang di reka untuk keluarga dan kanak-kanak, kami dapat menyaksikan nilai-nilai jenama kami, iaitu kreativiti, imaginasi, pembelajaran, bersifat penyayang, ceria dan kualiti di paparkan melalui pakatan ini." kata beliau.
 "Kami menyokong bermain dan keseronokan sebagai eleman penting dalam pembelajaran.  Maka, kami amat gembira kerana dapat berkolaborasi dengan Wall's di Rumah Titian Kasih bagi menggalakkan imaginasi kanak-kanak melalui aktiviti ini," tambah beliau.
 
Pengumuman pakatan  ini kena pada masanya - suasana di Rumah Titian Kasih masih ceria di sebabkan oleh sambutan Hari Kanak-Kanak Universal dalam minggu sebelum ini.  
 
 Ada 6 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5 peserta.  Games pertama..mencari jalan keluar
Kanak-kanak di Rumah Titian Kasih, dalam lingkungan umur di antara tujuh hingga dua belas tahun, begitu teruja dengan aktiviti 'Build and Test' oleh Wall's Paddle Pop 
yang di ilhamkan berdasarkan salah satu daripada aktiviti terkenal di LEGOLAND Malaysia.
Game ke 2
Aktiviti 'Build and Test' memupuk perkembangan kognitif, emosi, sosial dan motor di kalangan kanak-kanak.  
 
Aktiviti menyeronokkan menggalakkan pemikiran dan pembelajaran kreatif melalui pengalaman bermain yang berkualiti.  Sebagai satu hidangan istimewa, kanak-kanak di Rumah Titian Kasih turut menikmati masa rehat dengan varian baru Wall's Paddle Pop - iaitu Tornado Grape, yang merupakan jeli anggur yang boleh dikupas daripada teras ais strawberi.

Melanjutkan komitmen Paddle Pop Wall untuk meraikan pencari pengembaraan dan imaginasi aktif kanak-kanak, jenama ini 
  
memberi kejutan kepada kanak-kanak di Rumah Titian Kasih dengan perjalanan semua perbelanjaan di tanggung penuh penuh ke LEGOLAND Malaysia.
Game terakhir - kereta lego sape yang paling pantas
LEGOLAND Malaysia adalah taman tema antarabangsa pertama di Malaysia, dan LEGOLAND pertama di Asia.  Berukuran seluas 76 ekar, taman tema ini di reka untuk keluarga dan kanak-kanak berusia di antara dua hingga dua belas tahun.  Sebuah 'rumah kelab' LEGO untuk semua usia, taman ini menawarkan lebih dari 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan.

Terletak secara strategik di Nusajaya, taman ini menyambut tetamu pertamanya pada 15 September 2012.  Dalam perancangan adalah Taman Tema Air LEGOLAND yang bakal di buka dalam sukuan kedua tahun 2013 dan Hotel LEGOLAND  pada awal tahun 2014.
Antara pemenang kereta LEGO yang paling kreatif
Wah..dapat skateboard aa
.
tersenyum gembira
Team yang menjadi johan


Tempat ke 2
Tempat ke 3
Semua kanak-kanak merasa gembira kerana mendapat pelbagai hadiah

p/s seronok gak dapat melibatkan anak-anak dalam aktiviti kebajikan macam ni.

8 ulasan:

  1. HUrmm... mesti dapat banyak makan aiskrim free kan... heheehhe

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera Kakina,
    Wah bestnya!Ada2 saja event menark!

    BalasPadam
  3. Ini kalau bawa hero-hero tentu leka main Lego. :-)

    BalasPadam
  4. meriah tengok event ni :) bila la nak jejak kaki ke legoland jugak ni.

    BalasPadam
  5. teringin nak bawak cuc kesini..

    BalasPadam
  6. memang sronok kalo dpt join akvt cmni..lg2 ngn budak2 kan.. sronok bile tgok diorg happy.. ^^

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers