OOO

Khamis, Januari 03, 2013

Al Mashoor Strawberries Cameron Highland

Assalammualaikum dan selamat pagi semua

Bila nak pulang semula ke Kuala Lumpur, akak suruh suami ikut pula jalan keluar tol Simpang Pulai..tak sanggup nak mengharungi perjalanan macam ular di palu tu..kebetulan cuaca pula tak berapa elok..hujan renyai-renyai.
Takut pula bila tenguk banyak jalan runtuh masa naik..walaupun ralat sebab Imran tak merasai kesejukan air terjun Lata Iskandar dan kami tak dapat rasa buah durian yang banyak di jual orang asli di tepi-tepi jalan sepanjang nak ke atas dari Tapah.  Tak sanggup  akak tenguk muka anak-anak toya dan pucat lesi sebab rasa mual dan pening kepala.
Lagi pun nak gak tenguk apa kelainan yang ada kalau ikut jalan ni.  Jalan agak sesak walaupun pagi isnin sebab cuti sekolah dan ramai yang berhenti di kiri kanan jalan..singgah tenguk itu dan ini dan beli sayur, bunga dan mcm-mcm cenderahati sebelum nak pulang.
Dalam banyak-banyak ladang stawberries ..nilah baru akak jumpa kepunyaan orang islam sebab kat sini ada surau. Ladang starwberry dan pusat jualan jenama Al Mashoor adalah antara jenama terkenal di Cameron.
Selain ada di jual jem, jus dan kordial yang di buat sendiri (homemade) ada gak ais krim strawberri..anak akak nak rasa.  Ada gak di jual jem strawberry yang amat istimewa kerana tidak di letak sebarang perasa..lagipun taukeh (Tuan Syed) adalah bekas Ketua Stesen Mardi Cameron Highland.  Kalau nak apa lagi yang ada boleh ke SINI


Ramai gak yang beli ais krim sebab cuaca agak panas pada masa tu.. ais krim “home made” yang mempunyai rasa yang berlainan daripada ais krim yang terdapat dipasaran. Seratus peratus menggunakan puri asal strawberi mengekalkan rasa semulajadi strawberi tersebut.
 
Tapi sayangnya masa kami sampai buah strawberi yang masak dah habis di petik..cuma tinggal yang muda ajer.
Bergaya dengan topi kerbau dia..seronok akak bila Imran beransur sembuh selepas minum air madu yang kami beli di Pasar Malam Brinchang..tak lah ashik uhukkk...uhukkk... 

Terima kasih Yana yang sudi menjaga Imran dan paksa dia minum air madu setiap kali Imran batuk teruk...bukan apa..dia kata tak leh tidur bila Imran ashik batuk..

Mak dan ayah duk rehatlah dalam bilik lain...kasi can aaa
 

13 ulasan:

  1. Saya memang suka ke Cameron Highland!.. Nyaman!

    BalasPadam
  2. Best kan?saya naik kejap hari tu
    ikut tapah,Alhamdulillah selamat pg blk
    umah FIL

    Mnm teh kat sg palas,tuna sandwich "bodo" rm6
    walaupon simple,mahal sedap fresh salad dlm sandwich tu

    sekarang pia tgk Bharat tu lagi best,boleh turun paling bawah

    bagus yana

    BalasPadam
  3. oo saya pergi CH tu hari singgah ke opah strawberry farm... milik org senegeri. ada jugak nampak papan tanda al mashoor nie.

    BalasPadam
  4. wah best
    tp bab jem yg x best.. :)

    BalasPadam
  5. Masa SA pi sana last 2 weeks pun mmg xde strawberry yng masak utk dipetik...sedih...

    BalasPadam
  6. salam..

    saya pernah pergi Al mashoor ni tapi bukan yang ni, tapi yang kat kawasan kampung tu..jauh jugak la nak ke sana dari hotel kami..

    BalasPadam
  7. masa pergi tahun lepas singgah juga sini kak sempat beli jem strawbery

    BalasPadam
  8. Selalu pergi Genting je, tak sampai lagi cameron. Comel topi cow tu. :)

    BalasPadam
  9. Kak ina..bestnya, ni tiba2 rasa nak pergi Cameron Highland ni.

    BalasPadam
  10. dah lama tak pi sini. sekali pergi..jemmmm aje. haha..

    BalasPadam
  11. Ada nampak signboard al mashoor tu tapi tak singgah pun..

    Lepas ni kalau p nak kena singgah la ;D

    BalasPadam
  12. Tengok kat website al-Mashoor tu, strawberi nampak besar2 dan sedap!!
    Merah gitu!!

    BalasPadam
  13. Banyak signboard Al-Mashoor ni kalau ke Cameron. Bagus jugak dah ada pilihan org islam.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...