OOO

Sabtu, Januari 05, 2013

Ikan Bakar Sambal Belacan

Assalammualaikum semua

Salam hari Sabtu yang ceria
Minta jasa baik anda untuk vote akak bagi kategori favourite foodie blog  http://www.socialmediaweek.com.my

Terima kasih pada yang sudi vote yer


Kat umah akak memang jarang buat sambal belacan...sebab suami tak tahan pedas..anak-anak makan gak tapi taklah beria-ia sangat.

Bahan-bahan
3 ekor ikan cencaru belah belakang, 
bersihkan dan lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.  
Ketepikan.


Bahan-bahan sambal belacan
  • 10-15 biji cili merah
  • 5-10 biji cili api (nak pedas tambah lagi)
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan garam
  • 2 sudu besar belacan
  • 5 biji jus limau kasturi (ikut suka)
  •  air masak secukupnya (untuk kisar)

Cara-cara


  1. Hancurkan belacan dan bakar  sehingga nampak garing
  2. Tumbuk/kisar semua bahan kecuali jus limau. (lagi sedap tumbuk kan)
  3. Tinggalkan sedikit  sambal belacan (untuk cicah) lumur  di setiap bahagian ikan cencaru dan perap sebentar.
  4. Kemudian bakar sehingga masak di atas bara ataupun di dalam non stick pan atas dapur..klu boleh alas dgn daun pisang lagi harum baunya.
5.  Panaskan lebihan sambal tadi sehingga pekat sedikit dan hidangkan.

Sos kicap
Hiris bawang besar dan cili padi..
Kemudian tuangkan jus limau kasturi.
Bolehlah di hidangkan..kena makan panas-panas lagi sodap..

12 ulasan:

  1. kalau rumah saya dekat, boleh gemuk ni cium bau akak hari2 masak sedap2 huhu

    BalasPadam
  2. Sedapnya kak, saya pun suka tapi selalu malas nak menumbuk, hihi:)

    BalasPadam
  3. Tk payah lauk lain ni ina.ikan bakar ni dah cukup untuk tambah 3 pinggan nasi.

    BalasPadam
  4. Aiyoo..knpe ikan itu nampak begitu mengghairahkan...hohoh

    BalasPadam
  5. waaa..sedapnye...lame tak makan ikan sambal camni..

    BalasPadam
  6. Sedapnya Kak Ina, nanti mohon share resepi yer Kak

    BalasPadam
  7. Sedapnya kak ina,terliuq tengok ikan bakar tu.

    BalasPadam
  8. Sedap.. terutama nampak sos kicap tu.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum kakina...sedapnya berselera makan...:)

    BalasPadam
  10. Tak makan tengah hari lagi...laparnyee nampak ikan dgn sambal belacan n sambal kicap yg sedap punyee.. ishkk

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers