OOO

Khamis, Januari 17, 2013

Lauk Ikan Percik Lagi

Assalammualaikum


Ashiklah resepi ikan percik kan..tak apalah..ada pula pengomen kata resepi recycle.  Ala suka hati akaklah kan..mana lauk yang akak suka akak letaklah resepi kat blog..janji gambar tak sama kannn.

Kalau dah jadi blogger ni macam-macam orang kutuk akak ni..sakit hati ada..geram pun ada..sampai akak menangis pun ada.  Al maklumlah bila dah berusia memang senang air mata mengalir bila hati terasa di sentap dengan kata-kata yang menikam kalbu.

Memang begitulah lumrah manusia..ada ajer yang tak kena di mata mereka..rambut sama hitam tapi hati lain-lain.  Bukan akak tak boleh di tegur ..tapi cubalah  tegur dengan menggunakan nama..jangan gunakan anon/tanpa nama.  Alahai terlebih sudahhhhhhhh

Bahan-bahan: 

4 ekor ikan kembung
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai-akak tambah satu lagi
3 hiris lengkuas
1 mangkuk santan pekat
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam -akak letak 3 sudu makan cili kisar
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa -tukar ke satu gelang kecil gula kelantan (gula nisan)
 
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted according to my tastebud.

Cara-cara
1. Ikan dibersihkan, dikelar-kelar dan dilumur dengan sedikit garam. (akak lumur sekali dengan lada hitam serbuk).   Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
 6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.

15 ulasan:

  1. terima kasih kak kongsi resepi kat blog ni. sapa yg x suka tu x yah lar baca.. huh... kak ina sabar lah ek. mcm tu lah org ni mcm2, ada yg suka kritik, ada yg suka puji. btw kak, sy dah jadi silent reader skrg, dulu byk kali jadi top commentor... heheheh... blog pun dah x update lg dah... x tau nape.... hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih KakNi..
      sudi jenguk blog dan beri semangat

      Padam
  2. mungkin mereka terlupa, ini blog kak ina...:-) bagi saya lagi bagus share sbb tak tiap hari org yg sama dtg. Nak cari entry lama2 satu hal pulak. Sabar ye kak...:-) *senyum sikit...*

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengah senyumlah ni ezna
      terima kasih sudi jenguk blog akak

      Padam
  3. Ina pun suka makan ikan percik ya...Akak memang sangattt suka.Hari hari pun tak apa.

    tak apa ulang ulang pun.yang pentingnya untuk anak anak kita nanti.Bila kita dah tak larat nak memasak lagi anak anak lah pulak yang akan memasak dan berpandukan resipi lama lama kita tu...Blog ni umpama Diary masakan kita....catat segala apa yang kita telah masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dengan pendapat cikmanggis..kita buat blog supaya anak cucu boleh jenguk blog kita bila kita telah tiada nanti. Senang sikit nak masak bila mereka telah berumah tangga nanti

      Padam
  4. Selalu kalau balik kampung memang tiada benda lain cari, mesti percik dahulu. Tidak kira ikan, ayam atau perut, semua best.

    BalasPadam
  5. Biarlah orang nak kata apa kak..yang penting resepi kak Ina ni mmg sedap...saya selalu buat banyak2 dan simpan dlm peti ais. Sampai ayam, daging, sayur pon saya mkn dgn kuah percik ni....

    Alaaa, diorg dengkilah tu. kalau tak suka tak payahlah tgok kan kan kan..heheheh

    Cool Kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyerlah dik oi..lantaklah kan..walaupun kadang-kadang sentap gak dibuatnya

      Padam
  6. salam kak ina
    Lawatan tirana aduka.
    Tapau ikan percik 1 tau.hehe

    BalasPadam
  7. assalamualaikum kakina....sedapnya resepi ni....:)

    BalasPadam
  8. feveret sy ikan percik nih..bila dpt rs masakan kak ina nih..hehehehe

    BalasPadam
  9. fuh, ini memang sedappp punya maa..

    BalasPadam
  10. hish lov dgr pun saket ati..sape la tgamak buat akak cmni..dengki la tu kak, mmg resepi mcm ni byk kt mn2 je laman tenet ni..xsuka jgn tgok, jgn bca kan..lg pun cara org laen2..ada msk letak itu kdg2 xletak ini..

    tp bg lov cara kak ina lebih mudah, kdg2 bnda yg kite xtao akak siap bleyh terangkn kt mn lg nk carik..kdg2 yg b.inggeris ke pun akak da siap translate lg mudah..hahahaha

    lov salin seme resepi2 akak..byk da cuba pun..best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasal lov..akak pun hot gak..suka hati kitalah nak buat resepi ulangan. Takkan resepi tu tak boleh di buat setiap bulan. terima kasih sudi mencuba dan rajin mengomen

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers