OOO

Khamis, Januari 10, 2013

Resepi Durian Crepe Original

Assalammualaikum

Akhirnya terbongkar gak resepi durian crepe original yang menggunakan 5 jenis tepung.  Ada 2 resepi yang orang kata resepi original menggunakan 5 jenis tepung..anda boleh pilih mana yang anda suka.

Ada pula yang dah cuba dan  tepek di blog..memang nilah resepi yang akak buat masa Yana balik bercuti bulan lepas.


Sebelum tu akak ada gak cuba guna resepi guna tepung gandum..tapi crepe tu tak senipis guna adunan yang ini...kalau nak tenguk  cara membuatnya bolehlah ke SINI.

Akak ambil resepi ni dari SINI akak tak isi inti banyak-banyak ..taklah gemuk durian crepe akak kali ni.  Kalau anda tak nak guna inti yang ni..anda boleh guna whipping cream dan inti durian sahaja cam akak buat dulu.

Bahan-bahannya  (lebih kurang 6 keping)
30 gm tepung Hong Kong (saya pakai tepung kek)
30 gm tepung kastad
20 gm tepung jagung
20 gm tepung ubi
20 gm tepung kentang
3 biji telur
250 ml susu cair (saya guna susu segar)
secubit garam
pewarna hijau (jika suka)
 

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua tepung, telur, garam dan susu dalam blender. Sebatikan.
2. Tapis adunan dalam mangkuk. Ketepikan sekejap dalam 15 - 20 minit.
3. Panaskan kuali dengan api kecil. Jika tak ada jenis tak melekat, guna saja kuali biasa, sapu tipis mentega.
4. Ambil satu senduk kecil, dadar dan lenggang agar ia menjadi nipis (saya angkat kuali panas dari penunu, tuang adunan, lenggang, baru diletak semula atas penunu (burner)

Angkat tepung dadar ini (tanpa menterbalikkannya sebaik sahaja kelilingnya kering). Tak perlu tunggu lama sangat, dalam beberapa minit saja.
5. Isi inti durian dan lipat kemas.



Lagi satu resepi durian crepe original ada di MYRESEPI oleh ddfk ...gi lah jenguk yer..nanti cuba mana yang paling senang.

Inti Durian


Bahan-bahannya:

Isi durian secukupnya dan dibuang biji (dalam 250 g atau semangkuk)

250 ml susu segar 

2 sudu makan gula castor (atau agak manis ikut suka hati sendiri)

1 sudu makan tepung kastad




Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak atas api sederhana. 

2. Apabila sudah likat, tutup api dan ketepikan. Simpan selebihnya dalam peti ais. 

Ataupun boleh guna inti camni...ikut sedap tekak kita 
Durian Filling

By: Nia Kurniasih

Rujukan : Hesti



Bahan-bahan

1 cawan Non dairy Whipping Cream

Isi durian secukupnya


Cara-caranya

Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit.

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental

Bila dah siap sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam baru boleh di santap.

p/s kalau malas nak buat beli ajerlah yer tapi bagi anak ramai baiklah buat sendiri..pengsan nak beli banyak-banyak

27 ulasan:

  1. ahhhaaaa... memang cukup menjadi pujaan hati ramai orang.. :)

    BalasPadam
  2. orite..nanti minta delivery guy (firdaus) hantarkan ke rumah saya...Anytime lepas pukul 8 malam..hik3

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat family boleh..tak laratlah nak buat untuk jualan Eyriqazz

      Padam
  3. akhirnya..terbongkar juga 5 tepung tu..

    BalasPadam
  4. Wah...Kak Ina dah teror buat crepe!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan terrorlah..sajer mencuba..jadilah pulak

      Padam
  5. Kak Ina,
    kita suka inti yang ada cream tu sedap kak..kat kl banyak lagi yer kak durian..kat tempat kita tak payah nak dapat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. asma..kat kl ada tapi durian mahal lah pula skrg ni

      Padam
  6. eyza baru 2 kali makan durian crepe ni... yg kedua eyza beli tue, bentuk besar dan isi nampak mampat tapi sayangnya ia dipenuhi dgn whipping cream sahaja. durian dia letak sikit sgt. sampai bila makan, terasa gigit whipping cream jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eyza..sekarang ni durian dah tak berapa ada sgt dah..kalau ada mahai..tu sbb dorang buh sikit ajer..cuba buat sendiri..memang berbaloi-baloilah

      Padam
  7. salam Kak Ina..
    hmm..baru tahu ..terbongkar gak 5 tepung tu..kali ni buat pasti menjadi. thanks kak.
    btw sudi2 lah join site saya yee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mualaikumsalam aini
      cuba jangan tak cuba..insyallah nanti akak gi bw kat blog kamu yer..
      terima kasih sudi singgah kat sini

      Padam
  8. nyum2... sedapnya kak ina... ^^

    BalasPadam
  9. berbaloikan kak ina klu buat sendiri boleh dapat banyak..kayrul buat guna tepung 4 jenis..alhamdulillah jadi...

    memang puas makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang berbaloi terutama jika semua suka makan mrs kayrul

      Padam
  10. Istri perlu tahu resep macam ini Kak...biar bisa dicoba dan dirasakan durian crepenya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya ferry ..memang perlu di cuba durian crepa yang sedang menjadi fenomena di malaysia

      Padam
  11. nak order kak ina.. ada jual tak? :)
    malas nak buat.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. taklah sop..akak buat untuk family ajer

      Padam
  12. menariknya durian crepe ni kaler hijau :)

    BalasPadam
  13. Thanks KIna .. mohon izin copy .. :)

    BalasPadam
  14. geraaammm nya tengok sebab tak pernah rasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba jangan tak cuba mulan..kalau durian naik harga ramai dah tak jual dah..

      Padam
  15. Tak pernah lagi la merasa durian crepe ni...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers