OOO

Isnin, Januari 21, 2013

Resepi Macaroni Bakar Yang Sedap

Imran sibuklah suruh akak buat makaroni bakar..dah puas akak google..tenguk kat blog lain macam leceh ajer nak buat tapi bila akak jumpa resepi kat blog  Kak Ida macam tak remeh ajer nak membuatnya.  Kebetulan akak ada buat spaghetti daging..kuahnya ada lebih..jadi tak yah susah payah nak buat lagi sos merah.  


Bahan atas: 
2 cawan susu full cream, 
2 biji telur, 
4 sudu besar tepung gandum, 
1 susu teh dry parseley, 
1 sudu teh dry basil, 
satu peket onion sup mix atau beef cube (akak buh beef cube)
salt and pepper to taste...

Pukul  semua sehingga sebati.

Rebus makaroni sehingga lembut..lebih kurang 250gm kemudian toskan. 

mince beef sauce atas ni sama seperti spaghetti sauce yang biasa anda buat tu...campurlah apa-apa bahan yang anda suka dan masak hingga kering...jangan berair sangat...
 
Resepi spaghetti sauce kat SINI.senang guna acuan silikon ni..cuma masa nak bakar kenalah alas dengan loyang.  Bubuh minyak zaitun sebelum di letakkan macaroni kemudian  tuangkan cecair di atas dan letak spaghtetti sauce.
dah penuh dah silikon tu..jadi akak letak pulak bekas ramekin..patutnya tak yah buh paper cup..pastu buhlah mozarella yang telah di parut
Ishhh lain kali tak leh buh penuh camni...Abaikan lebihan tu yer..

Bakar dalam oven panas 200C selama 15 ke 20 minit atau sehingga cheese mula kekuningan...

Terima kasih kak ida..memang sedap resepi ni...

12 ulasan:

  1. wahhh nampak sedap..
    Boleh cuba ni ;)

    BalasPadam
  2. best nya la,cute je

    nak mkn pon senang buat mcm ni

    BalasPadam
  3. Lezatnya makaroni di atas...istri belum pernah buat semacam ini. Perlu tahu juga istri akan resep ni..
    Terima kasih Kak Ina telah berkongsi resepnya ini

    BalasPadam
  4. tengok pun terliur.
    Silokon kat ina beli kat mana? berapa ringgit.

    Haaaaaa.............. tu dia semua nak tanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawan akak belikan di perth australia.
      kat sini pun ada nieda...cuba cari kat kedai bakeri

      Padam
  5. Dah terlalu lama tak buat resepi ini.

    BalasPadam
  6. salam sis
    Nampak menyelerakan pulak makaroni sis ni. Nak try la.

    BalasPadam
  7. tak berapa gemar macaroni ni..tak tahu kenapa..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...