OOO

Jumaat, Januari 18, 2013

Salmon Cheesy Wrapped

Assalammualaikum semua...

walaupun kepenatan kerana baru balik dari sekolah Imran sebab ada seminar UPSR....kena update blog sebab ada BE yang tengah running..dapatlah sikit rezeki bila setiap BE mencecah puluhan ringgit sebulan.  Orang duk rumah bila dapat ratusan ringgit hasil berblogging memang berbaloi rasanya.
Tak payah keluar dari rumah, keluar duit minyak dan memikirkan macam-macam masalah dipejabat..cuma terpaksa memikirkan apa yang perlu di hidangkan setiap hari untuk keluarga tersayang sebab kalau selalu makan luar pun tak bagus gak..sekali sekali bolehlah.

Akak ambil idea nak buat dari blog Cik Manggis..akak buat untuk makan malam sebab kat rumah ni kadang kala mereka tak nak makan nasi.  Akak tukar sikit caranya..jangan marah yer cik manggis.

 Bahan-bahannya:
2 keping ikan salmon.
1 labu bawang besar.
4  keping tortillas
Daun salad secukupnya.
Garam
Cheese keping scukupnya.
Buah tomato.
Lada sulah.
Sedikit minyak zaitun/minyak sayur/minyak jagung
Mayonis
Sos tomato/sos cili

Cara-caranya
Pan fried salmon  yang telah di lumur dengan sedikit garam sehingga masak.  
Pastu hancurkan ikan ni ..jangan lupa buang tulang dan kulitnya.
Tumis dengan minyak zaiton bawang holland/besar 
yang di potong dadu sehingga layu.
Masukkan kembali isi ikan salmon dan taburkan 
sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Panaskan tortillas. Carik-carikkan kepingan cheese dan .masak hingga cheese  cair...pastu ratakan dengan sudu.
Sudukan salmon,aturkan daun salad dan potongan buah tomato,mayonis dan sos tomato/sos cili serta sedikit serbuk lada sulah.  Lipat dua dan bolehlah di hidangkan.  Senang bukan nak membuatnya.

12 ulasan:

  1. Salam. Saya dtg lagi..heheheh

    Errr, mana keputusan pengomen terbaik tu? Huhuhuhu

    Sedap betullah tgok Salmon tu...lama dah tak mkn salmon...Sesuai ni dgn diet saya tapi w/o tortilla. hehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba kamu tiap kat ruangan search pengomen terbaik..insyallah jumpa nanti

      Padam
  2. nyums, senangnye. balik nanti nak beli salmon n try this recipe lah. thanks kak ina for sharing! :)

    BalasPadam
  3. orite..nanti2 kami singgah rumah kak ina, kak ina buat ya...

    BalasPadam
  4. betul tu ina mkn kat luar selalu tak elok untuk kesihatan.kekadang terpaksa sbb tak sempat nak masak.seronoknya kalu dpt memasak setiap hari untuk orang tersayang di rumahkan?
    nmpk sedap..tapi orang rumah tak makan ikan salmon lah pulak..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...