OOO

Isnin, Januari 07, 2013

Terukir Di Bintang - Aizat Nyanyi Lagi Best


Akak tak  berapa minat masa Yuna nyanyi lagu ni..tapi bila malam tadi tenguk AJL 27 terus suka sebab Aizat yang nyanyi.


Dengan kumis nipis yang ori...muziknya pun memang  santai dan bersahaja. 

 sumber : SINI
Very very klasik, suara dan gaya yang sungguh maskulin  di iringi susunan muzik  yang mantap dan juga face impression yang  baik...membuatkan lagi lagu terukir di bintang version Aizat lagi best.  
Sumber :  SINI
 Memang feeling habis bagi orang yang berjiwa sentimental cam akak ni.

Akak  memang sukakan suara Aizat masa dalam AF dalam..tak tenguk body dia pun masa tu. Walaupun dia terkeluar dan tidak menjadi Juara tapi Aizat terus menjadi penyanyi yang berjaya sekarang ini.

Tapi terpulanglah ikut selera masing-masing kan.. ada yang suka Yuna yang nyanyi lagu tu.  Jangan marah aaa peminat-peminat  Yuna. 

p/s sape setuju dengan pendapat akak..sila komen yer
 

43 ulasan:

  1. sama la kita kak ... eyza pun suka terukir di bintang versi aizat... nampak klasik dan bersahaja.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. misai ori tu..ingatkan tipu

      Padam
  3. saya pon memang suke aizat sejak dari die kat af lagi ..mase kat af, saye suke sangat mase die nyanyi lagu anuar zain, perpisahan ..lagi sedap dari anuar zain nyanyi ..

    semalam pon, saye rase aizat nyanyi lagi sedap compare with yuna ..mungkin saye rase gitu sebab saye suke aizat kot ..ermmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah bestnya shazrina..kamu pun peminat aizat rupanya

      Padam
  4. Saya juga! Versi aizat cam lagi best je..eheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. versi aizat memang mantap kan cik sara..

      Padam
  5. terkejut gak bila tengok dia pakai misai. hehe..

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. wah bestnya ..mat gebu pun suka aizat ek

      Padam
  7. suka versi YUna.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah sop ni peminat yuna ek..tak kisahlah kan

      Padam
  8. Dua2 x best...lagu copy paste pun blh juara pulak...hampehhh...hafiz lagi mantap der...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terpulang pada selera masing-masing..tak leh paksa orang suka ataupun tidak kan

      Padam
  9. Balasan
    1. mesti peminat aizat ni kan gadisBunga

      Padam
  10. sepanjang hari ni asyik teringat si Aizat menyanyi terukir dibintang. xperasan lak selama ni Aizat cute. Sumpah! dia memang cute! Congrats jugak kt Yuna yg mampu memberi saingan malah menjuarai AJL kali ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingatkan akak ajer yang sukakan nyanyian si Aizat ni..rupanya kamu pun sama ek..

      Padam
  11. tahniah kepada pemenang Anugerah Juara Lagu yang ke 27 yang telah berlangsung semalam. Memang tidak di nafikan kelunakan suara beliau yang merdu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Donny Ien..memang best persembahan semua kan..terutama nyanyian Aizat

      Padam
  12. Ingatkn dia jugak yang mng vokal terbaik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasal..nak buat camner..hafiz gak yang menang utk 2 tahun berturut-turut

      Padam
  13. Memang lg best aizat nyanyi... merdu, santai dan bersahaja je, nk plak prop dia semuanya 60an. Aizat pun macho sangat... lain dari biasa..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai tul rupanya sukakan aizat nyanyi lagu yuna ni ek..termasuk kamu noor yang suka tenguk penampilan aizat yang lain dari biasa

      Padam
  14. Kita kat Malaysia ini banyak disajikan dengan penyanyi semata-mata, tetapi beberapa kerap sahaja yang mampu buat lagu sendiri. Sebab itu Aizat dan Yuna memang harus naik lebih tinggi, sebab mereka mampu buat lagu sendiri, artis lain sekadar menunggu orang lain sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. betul
      muzik yuna dlm terukir di bintang lain dr yg lain. above the rest! luar dr kepompong. lgu2 lain yg dlm AJL27,semunya "typical malay/ma'sian song" xde pembaharuan...susunan muzik biasa

      Padam
    2. setuju dengan pendapat izzat dan tanpa nama

      semuga banyak lagi penyanyi malaysia yang boleh berjaya seperti mereka berdua ni

      Padam
  15. sebelum ni saya tak berapa gemar nak ikuti lagu ni tapi selepas aizat nyanyi berkali2 saya dgr. memang best larrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu sama dengan akaklah tanpa nama..mula-mula tak suka..pastu terjatuh cintalah pulak

      Padam
  16. saya suka dua2 versi.. tapi lebih suka "Terukir di Bukit Bintang" nyanyian FF& FB dlm Hot FM pagi ni.. Hiks!

    P/S: aizat encem la dgn kumis nipis, cam pelakon zorro ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasal aida..tepuk dada tanya selera..kita takleh paksa paksa kan
      amboi sedap ker drg nyanyi tu..tak dengarlah plk hot fm..layan sinar lah pulak

      Padam
  17. sama la kita kak, yuna nyanyi saya tak suka, tapi aizat nyanyi saya suka lirik lagu tuh jelas bila dia nyanyi.

    BalasPadam
  18. kak ina...ciktom pn lg suka versi aizat nyanyi lg ni...mmg best..yuna nyanyi cam versi mengeja sikit**bak kata ayah ciktom la..jrg marah tau peminat yuna..hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau camni Aizat kenalah buat album single nyanyi balik lagu ni kan cik tom sebab ramai yang dah minat dengan lagu terukir di bintang

      Padam
  19. Punyala nak menghayati, aizat sanggup simpan misai tu.

    BalasPadam
  20. aizat masa dalam AF tu..dia tembam..semangat!! sekarang slim plak dia! saya pun suka suara dia.

    BalasPadam
  21. tu lahh kak ,, sy pun stuju ,, asal x minat dengan si terukir di bintang ni ,, tp ble dgr Aizat yang nyanyi terus jatuh cinta ,,Aizat nampak smart mase tuh ,, dengan misainya tuu ,, nampak macho sangat , sukelahh :)

    BalasPadam
  22. saya bukanlah peminat Aizat, tp....mmg sesuai dia bwk lagu 'Terukir DiBintang' dengan cara dia yg tersendiri.....best!!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers