OOO

Rabu, Januari 02, 2013

Tumis Daging Cendawan

Assalammualaikum

Aiseymen..ingatkan nak publishlah dalam pukul 5.00 tapi tak sempat sebab bawa Imran gi hospital..check leh bukak ker idak simen kat tangan dia tu.  Tak leh buka lagilah..kena tunggu lagi seminggu.  Tension tul si Imran.
 

Masak daging simple macam ni pun sedap kan.  Akak tak ada mood nak masak tapi kena gak masak sebab ada anak-anak kat umah.  Akak pun buat lauk ni dan campakkan sayur-sayuran..tak yah lagi goreng sayur.  Buat sikit sup telur sebab kat umah ni kalau tak ada kuah memang tak boleh telan nasilah pulak.

Bahan:
4 ulas bawang putih-cincang
2 sudu makan minyak sayur
1/2 sudu teh minyak bijan
1/2 biji  bawang Bombay, cincang halus
100 g daging batang pinang dengan sedikit lemak, hiris tipis
100 gm cendawan , bersihkan
1/2 biji cili benggala - potong kecil
1 batang daun bawang-potong kecil
100 ml air
50 ml kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh  garam

 akak gunakan cendawan ni..masa bila kat CH RM10-3 bungkus..
rupanya kat sini lagi murah

Cara membuat:
  • Kupas bawang dan cincang kasar.
  • Tumis bawang bombay dan bawang putih hingga harum.
  • Masukkan daging dan kacau sehingga sebati.
  • Tambahkan cendawan, kacau hingga layu.
  • Tambahkan bahan lainnya. Masak sehingga kuah tinggal sedikit.
  • Angkat dan sajikan bersama nasi panas.

7 ulasan:

  1. simple tapi sedap ni Ina..sebenarnya masakan air tangan ibu tiada bandingan.Penuh kasih sayang.

    BalasPadam
  2. menarik tu kak ina... pertama kali eyza tengok daging dimasak dengan cendawan.

    BalasPadam
  3. Ha ah kak ina. Kat Cameron kita ingat dah murah contohnya sayur2 dia. Terutama yang dia jual selonggok RM10 tu. Padahal dalam longgok tu ada sayur apa je pun. Kalo kira2 balik kalo kita beli kat bawah ni jumlah sayur yg sama, tak sampai pun RM10. Cuma kelebihan sayur CH mungkin fresh dan organic la kot. Tapi cendawan yg kak ina guna tu dah tentu imported kan?

    BalasPadam
  4. Hehe betol klu x de kuah x selera nak makan.

    BalasPadam
  5. geram plak tengok cendawan tu. hoho..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers