lazada

Lazada Malaysia

Rabu, Februari 13, 2013

Al Fatihah-Akhirnya Kau Pergi Jua

 Assalammualaikum

Baru sampai dari JB petang semalam dan mendapat berita sedih bahawa teman blogger Jejai akhirnya telah meninggalkan dunia yang fana ini sekitar jam 3.15pm sebaik keluarga mertuanya pulang dari Muar  semalam sehari selepas ulangtahun kelahiran arwah. (sumber Denaihati)

42 tahun 1 hari..umur arwah masih muda tapi beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir setelah sekian lama menderita penyakit kanser paru-paru. (sumber : Kid)

Jenazah Arwah telah selamat di semadikan kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.



Alhamdulliah..akak sempat berjumpa arwah di rumah bapa mertua di Kapar sebanyak 2 kali.  Pada pertemuan pertama sempena hari raya tahun lepas arwah masih lagi ceria dan mengenali akak, suami dan anak-anak.  Beliau sempat membeli mee bandung untuk kami.

Pertemuan kali ke 2 pada bulan Disember lalu..sebaknya hati bila melihat perubahan fizikal arwah..arwah masih lagi mengenali akak, Imran dan sempat berbual dengan arwah.  Itulah pertemuan terakhir yang akan menjadi ingatan buat selama-lamanya.

Banyak kenangan manis bersama arwah yang tak akan dilupakan , lawak jenaka dan gelak tawamu akan sentiasa terpahat di ingatan. Semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Semoga Allah SWT menempatkannya di dalam golongan hamba-hamba yg soleh. Ya Allah, tempatkanlah sahabatku ini di Jannah-Mu, amin.Al fatihah

PESANAN DARI KELUARGA ARWAH AZHAR BIN RAMLI :
SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH. (mohon sebarkan kepada semua Rakan Blogger dan Facebook)

Takziah kepada Isteri Arwah,  Mazliana Othman dan 4 orang anak Arwah dan keluarga Allahyarham  Jejai semuga tabah menghadapi ujian.  

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul setelah kehilangan suami tersayang.
Kepada yang sudi untuk menghulur bantuan silakan : Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (Mazliana Othman )

28 ulasan:

  1. al fatihah... semoga dia tenang...

    BalasPadam
  2. semoga roh arwah ditempat dalam golong orang2 yang beriman.. amin.. alfatihah

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    Al Fatihah
    moga kuburnya diteranggi dgn cahaya Syurga

    BalasPadam
  4. alfatihah dan takziah buat keluarga arwah...

    BalasPadam
  5. Al fatihah buat arwah jejai.....Takziah buat keluarga Allahyarham

    BalasPadam
  6. k ina... kite sedih...

    langsung tak sempat melawat semalam dan hari ni...
    al-fatihah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perlah cik lily..
      sedekahkan al fatihah buat arwah

      Padam
  7. sedihnya.. walau pun tak brp knl arwah tapi dpt kenal yg arwah seorang yg baik hati. moga di tempatkan diklgn org2 yg beriman..

    BalasPadam
  8. jejai tak hutang apa-apa. Apapun, al-fathah untuk beliau.

    BalasPadam
  9. Al-Fatihah.. Moga rohnya dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  10. semoga kita dapat bantu apa yang termampu untuk keluarga beliau....

    BalasPadam
  11. Al fatihah..salam takziah kpd famili Jejai..

    BalasPadam
  12. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

    BalasPadam
  13. Al-fatihah...dan salam takziah..

    BalasPadam
  14. sedeyh la kak, walopun lov xprnh jumpe or knl abg jejai ni tp rindu rasanya bile khilangannya..

    slalu blogwlkg kt blog beliau.. penulisan beliau seronok dibaca.. sering mnjadi lawak jenaka dari kwn2nya..

    bgitu tserlah sifat bapanya bile dia mceritakan perihal ank2 ksygnnya..mcm xcaya je arwah da xde..

    tp berbalik pd yg utama, itu sudah ketentuannya..Allah lebih menyayanginya..Allah xbg dia menderita lebih lama lg..


    sedeyh..T_T apatah lg ank n isteri beliau kan..semoga mereka tabah dan sentiasa berdoa untuknya..<3

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedih lov..tapi biarlah arwah pergi daripada menderita lebih lama lagi..al fatihah

      Padam
  15. Dah sampai ajal..Semoga arwah tenang di sana.. Al Fatihah

    BalasPadam
  16. Alfatihah buat arwah. Ramai juga rakan blogger yang telah pergi meninggalkan kita....Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

    BalasPadam
  17. Salam Takziah buat keluarga arwah semoga di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman disisiNya..Ada terbaca berita penderitaannya dari blog AbangEnsem suatu ketika dulu...

    BalasPadam
  18. Semoga diberikan kebaikan dan dilapangkan kuburnya, diampuni dosa-dosanya dan diterima segala amal sholih dan kebaikannya pula aamiin..aamiin
    Al-Fatihah...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers