OOO

Ad

Ahad, Februari 24, 2013

KONSERT ROCK LEGEND

Rasanya semua yang sebaya dengan akak kenal dengan kumpulan rock Lefthanded, Rusty Blade, Sofea, Blood Shep dan beberapa lagi kumpulan rock yang sezaman dengannya.

Kesemua kumpulan rock ni menjadi pujaan anak-anak remaja pada tahun 80..an. 
Berita baik buat semua peminat rock...
SLA Event dengan kerjasama DZ Infinity Enterprise telah bergabung untuk menganjurkan sebuah konsert rock yang dinamakan”Konsert Rock Legend”. Dibarisi oleh kumpulan rock otai atau lebih layak dipanggil lagenda dalam genre rock tanah air. 

Tentu ada yang masih ingat lagi kehebatan kumpulan ini kan.
Yantzen  dulu pernah bersama dengan 
kumpulan Rusty Blade


SLA Event dimiliki sepenuhnya oleh saudara Mohd Saiful Aizam Baharudin atau lebih dikenali sebagai Zam Tuah.


DZ Infinity Enterprise pula dimiliki sepenuhnya oleh Siti Suhaila Baharudin atau lebih dikenali sebagai Sue Kay.

Kerjasama ini adalah merupakan kali kedua, dimana yang pertama adalah kerjasama menjayakan konsert "Tribute To Lagend 2″ yang telah diadakan pada 7 Julai 2012 di Auditorium MPAJ Pandan Indah.


Konsert yang bertujuan menaikkan kembali zaman kegemilangan muzik rock suatu ketika dulu. Dengan harga tiket RM 60.00, konsert ini diadakan di tempat eksklusif yang mana memberikan keselesaan dan kepuasan kepada peminat yang menggemari lagu-lagu mereka dahulu.
 

Dengan barisan kumpulan rock yang terdiri daripada Blood Shed, Sofea, Rusty Blade dan Lefthanded dan tentu ianya mampu mengubat rindu peminat rock tanah air.


Pada malam tersebut pihak penganjur juga akan mengadakan kutipan derma untuk disalurkan ke tabung Gaza dan juga kepada saudara Yazid Search yang kini sedang menderita sakit.

Konsert ini akan di adakan :-



                       TARIKH       :16 MARCH 2013 (SABTU)

TEMPAT     : KL LIVE,
                                        JALAN SULTAN ISMAIL
                              KUALA LUMPUR

                         8.00 MALAM

HARGA TIKE: RM 60.00


UNTUK TIKET SILA HUBUNGI

ZAM : 014 644 0229

SUE JAY : 019 603 2680


(PERCUMA CD ROCK KAPAK UNTUK 500 PEMBELI PERTAMA)


 p/s Selain dari konsert rock legend sebuah filem arahan Mamat Khalid  filem Rock Oo iaitu sekuel kepada filem Rock (2005) lakonan Que Haidar, Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan ramai lagi terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 28 Februari ini.

Adakah zaman kegemilangan rock akan bersinar semula?

3 ulasan:

  1. minat dengan lagu kumpulan-kumpulan otai....

    BalasPadam
  2. Kalau peminatnya mesti pergi tengok

    BalasPadam
  3. whooaa.... sebabnya makan satey tue....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers