OOO

Ad

Jumaat, Februari 15, 2013

Layan Lagi Spaghetti Prawn Aglio Olio



Akak suka buat spaghetti olio selain dari spaghetti daging/meatball...sebab tak gunakan minyak masak cuma guna minyak zaitun yang bagus untuk kesihatan terutama bagi kami yang menghampiri umur 50 an.  Cukup untuk 2 orang makan kalau ikut bahan di bawah ini..akak ambil resepi ni dari blog Mat Gebu.

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti
1 biji bawang holland (bawang besar kaler kuning), didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 biji green capsicum, dadu-tak letak
1/4 biji red capsicum, dadu
4-5 biji cili padi, dititik (optional)
1/2 camca teh herba Basil (jenis kering dalam botol)
1 helai bay leaf
5 biji buah zaitun hijau-tak letak
5 biji buah zaitun hitam-tak letak
6 ekor udang besar, dibersihkan
1 biji tomato merah, didadu
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis (akak guna  "extra virgin")
 


 

 CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan tomato. Masak hingga tomato lembut. Tambah udang (sotong) red dan green capsicum serta buat zaitun hijau dan hitam. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
  3. Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan...

11 ulasan:

  1. Tu la saya pon nak buat. ada spaghetti lagi ni....
    Thanks share resipi

    BalasPadam
  2. Kena cari stock EVOO(OLIVE OIL) ni hehe

    BalasPadam
  3. Menambah selera makan melihat menu spaghetti ini Kak...

    BalasPadam
  4. Assalam,

    Yep sedap tu... suka suka suka

    BalasPadam
  5. xpena lg try wat yg ni kak, lov ske mkn dagen so slalu buat yg ada dagen tu..

    yg ni nmpk pucat je kan, tp myb rasanye lebih sdp coz tgok byk jgk bhn2 nya..

    yg best sht...

    BalasPadam
  6. Wow.. kak Ina sedapnyer.. Mesti puas kan makan masakan sendiri..

    BalasPadam
  7. wow ....sedapnya....terliur sangat!tq share

    BalasPadam
  8. nampak mcm senang je nak masak ni kak.. tq for sharing resepinya.. :)

    sy ada buat contest sket kat blog saya.. sapa2 yg berminat sila la join ;) ada hadiah!

    BalasPadam
  9. hahahahhaa tengah lapar ni dapat plak tengok gambar2 makanan sedap2 hehehe ... ohh bila sha ni p umah k ina ni ? hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers